balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Ahli PPPJ memeriksa persekitaran bazar menjual ayam percik yang didakwa mengabaikan aspek kebersihan.
< 1 / 1 >
JOHOR BAHRU - Hanya mahu kaut untung...itu gambaran terhadap tindakan seorang peniaga sebuah bazar Ramadan yang membakar ayam percik dijual di sebelah longkang selain dikelilingi kawasan becak.
Berdasarkan tinjauan Sinar Harian di bazar berkenaan bersama Persatuan Penggerak Pengguna Johor (PPPJ), peniaga berusia 40an itu turut meletakkan tong yang berisi ayam di atas tanah.
Naib Pengerusi PPPJ, Mohd Tahir Abu Bakar berkata, tindakan peniaga terbabit jelas menunjukkan sikap tidak sensitif terhadap kebersihan terhadap barang makanan yang ingin dijual.
“Kita menasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika memilih juadah berbuka yang ingin dibeli termasuk mengambil kira pelbagai faktor bukan sahaja harga tetapi kebersihan perlu diutamakan.
“Pemantauan PPPJ di bazar Ramadan ini mendapati sebilangan besar peniaga tidak memakai apron dan sarung tangan ketika menyediakan juadah,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga menasihatkan peniaga ayam percik berkenaan supaya membersihkan kawasan penyediaan makanan dan tidak lagi menggunakan kawasan tidak sesuai kerana dikhuatiri akan menjejaskan kualiti kebersihan makanan dijual.
“Sebagai NGO kita tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan bagaimanapun PPPJ akan memberi teguran kepada peniaga yang dikenal pasti tidak mematuhi peraturan ditetapkan seperti tanda harga dan harga makanan.
“Hasil pemantauan juga mendapati pelbagai taktik digunakan peniaga mengenai aspek tanda harga seperti diletakkan di tempat terlindung dan sukar dilihat kita percaya itu tindakan bagi mengaburi pelanggan,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/bakar-ayam-tepi-longkang-1.297131