BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bakal pengantin kecewa

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Wati menunjukkan tempahan kad perkahwinan diperoleh pada peringkat awal yang mempunyai pelbagai kesalahan dan menyukarkannya untuk edar kepada kenalan.
< 1 / 1 >
KUANTAN – Seorang bakal pengantin kecewa dan tertipu berikutan kad kahwin yang dijanjikan sebuah syarikat percetakan di Tanah Putih, di sini tidak sempurna dan masih berbaki sedangkan majlis perkahwinan akan berlangsung pada 25 Oktober ini.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Wati, 28, berkata, kesemua kad kahwin yang ditempah itu sepatutnya diberikan pada awal Oktober, namun sehingga kini ia masih belum diserahkan.

Menurutnya, pihak terbabit berjanji akan memulangkan baki kad itu pada 10 Oktober lalu namun sehingga kini janji tidak ditunaikan.

“Saya buntu memikirkan hal ini sedangkan majlis akan berlangsung pada Jumaat ini. Masa terlalu suntuk sedangkan masih ramai pihak belum menerima kad jemputan saya.

“Pada peringkat awal, pihak terbabit beri pelbagai alasan apabila diminta memberikan sebahagian kad kahwin itu, malah mereka sentiasa mengelak berjumpa dengan pelanggan.

Lebih mengecewakan, segala pembayaran sudah dijelaskan,” katanya.

Bukan itu sahaja malah katanya, terdapat kesilapan pada 300 kad pertama di mana alamat, peta dan reka letak yang salah.

“Walaupun banyak maklumat silap tetapi saya masih tidak mempertikaikannya kerana kesuntukan masa dan kad perlu diedarkan segera.

“Saya harap orang ramai berhati-hati membuat tempahan kad kahwin selepas insiden ini,” katanya.


sumber:www.sinarharian.com.my/bakal-pengantin-kecewa-1.213856
 
ler..
asal la tak print kat aku..
tapi just amik utk emergency case je..
lagi sebulan dua nak kawin tapi lupe buat kad..
:D:D:D:D
 
samannnnn

The message you have entered is too short. Please lengthen your message to at least 10 characters
 
fotostat je la. dah lat minute ni. huhu.
pastu saman.
 
betul tu..gud idea

kenalan2...pakai fb ...sms pun ok je...tetap SAH walau tanpa kad jemputan :)

yg penting..lauk kena habiskan.. :D

itulah. call jemput mulut je pun boleh.

aku nanti buat website (free) je. nak jemput org bg link je. lepas setel delete content. aci x? haha. =.="

apepun semoga bakal pengantin yg lain lebih berhati2 lepas ni. elakkan daripada terkena.
 
Back
Top
Log in Register