helmisaman
Legendary Member

- Messages
- 11,106
- Joined
- Jul 15, 2011
- Messages
- 11,106
- Reaction score
- 266
- Points
- 131
KUALA LUMPUR 20 Sept. – Kerajaan dijangka menaikkan cukai tembakau dalam Bajet 2012, tetapi kenaikan diramal sederhana antara satu hingga 1.5 sen sebatang.
OSK Research dalam nota penyelidikannya berkata, kenaikan yang sederhana itu bertujuan mengekang penyeludupan rokok-rokok haram yang semakin meningkat.
‘‘Kami percaya cukai rokok tidak akan dinaikkan melebihi 10 peratus kerana kegiatan penyeludupan rokok haram juga tinggi.
‘‘Selain itu, kerajaan sudah menaikkan cukai tersebut pada tahun lalu,’’ kata OSK Research dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.
Tanpa kawalan ketat, firma penyelidikan itu percaya, kejadian penyeludupan akan menjadi lebih ketara sekiranya kerajaan menaikkan lagi cukai.
Sebagai contoh, kata firma itu, kenaikan cukai tembakau sebanyak 20 peratus pada 2009, telah meningkatkan kegiatan penyeludupan rokok sebanyak 11.8 peratus.
Mengambil kira ketiadaan perubahan dalam pembelian, kerajaan boleh kehilangan potensi cukai lebih daripada separuh.
Pada masa kini, potensi kehilangan cukai tembakau oleh kerajaan dianggarkan RM2 bilion setahun.
Menurutnya, meskipun jumlah dagangan rokok seludup merosot kepada 32.5 peratus pada bulan Oktober hingga Disember tahun lalu, tetapi penurunan itu disebabkan oleh penjualan rokok ‘Value For Money’ (VFM) ditawarkan pada harga cukup minimum.
‘‘Berikutan itu, kami meramalkan jumlah rokok seludup akan melonjak pada data akan datang,’’ ujarnya.
Firma penyelidikan itu turut menjangkakan kenaikan cukai tembakau akan memberi kesan kepada jenama VFM berbanding premium kerana pelanggan-pelanggan begitu sensitif pada harga.
‘‘Kami berpandangan bahawa perokok VFM akan menjadi calon utama yang akan ‘tukar selera’ kepada rokok lebih murah atau rokok seludup sekiranya cukai dinaikkan,’’ jelas OSK Research.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0921&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm