BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bah kut teh halal di expo makanan

serban hitam

Active Member
Messages
1,147
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
Makanan kegemaran masyarakat Cina, bak kut teh, yang pertama kalinya disediakan dengan menggunakan resepi halal boleh dinikmati di karnival "Fabulous Food 1Malaysia" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 hingga 20 Dis ini.

Ia akan disediakan oleh chef eksekutif Hotel J W Marriot di Kuala Lumpur, Zaffar Abdul Samad untuk 300 pelanggan setiap hari, kata Eileen Chew, pengarah projek dan perhubungan awam Expomal International yang menganjurkan karnival itu bersama-sama Pelancongan Malaysia.

"Seperti makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu nasi lemak yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, kami juga mahukan makanan tradisi popular masyarakat Cina ini mampu dirasai oleh kaum lain," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Hidangan halal itu akan menggunakan ayam, makanan laut dan sayur-sayuran yang akan dimasak dengan 10 jenis herba seperti anjalika, bunga cengkih dan kulit oren. BERNAMA

http://www.youtube.com/watch?v=7pHjJBUddM0
 
BAK KUT TEH = BA BI

takut aku nak makan, ntah ye pakai ayam ke tak
 
jangan aa pakai nama bak kut teh tu lg..tuko nama lain
 
member cina aku bagi tau maksud bak tu barbi. kalo ayam chi kut teh. ntah ye ke tak aku pun tak tau. aku kena kelentong kot hahaha
 
dengo nama pn dh geli ak nk mkn.
takde kje btul dorg ne..
 
cet....ada ker gitu? kalau betul guna ayam...takyah la letak nama bakuteh tu lagi.....

letak la nama ayamputeh ker.....adeh laaaa
 
dia masak pakai daging ayam..

bekas/alat/tools memasak tu dulu penah guna utk bakuteh kan?
 
dia masak pakai daging ayam..

bekas/alat/tools memasak tu dulu penah guna utk bakuteh kan?


kalau pun pernah...itu tak jd soal....sila google hukum menggunakan alatan yg pernah digunakan utk memasak bakuteh tu....

dan sila google juga cara membersihkannya....cukup sekadar ia bersih dan hilang bau...bukan kena samak camana kita samak kalau kita tersentuh dia...:D
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register