BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bab Meriwayatkan Hadis Palsu (Maudhu')

king_diamond

Legendary Member
gem
Messages
10,160
Paid Membership
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
360
Points
131
Al-Lu’Lu’ Wal Marjan​

Himpunan Hadits Sahih Yang Disepakati oleh Imam Bukhari R.A. & Imam Muslim R.A.

Ali R.A. berkata: Nabi SAW bersabda: Kalian jangan berdusta atas namaku, maka sesungguhnya siapa yang berdusta atas namaku pasti masuk neraka.

Anas R.A. berkata: Sesungguhnya yang menahan diriku memperbanyak riwayat hadits kepadamu, kerana Nabi SAW bersabda: Siapa yang berdusta atas namaku, maka ia menyiapkan tempatnya dalam neraka.

Abu Hurairah R.A. berkata: Nabi SAW bersabda: Siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah menyiapkan tempatnya didalam neraka.

AlMughirah R.A. berkata: Saya telah mendengar Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya semua dusta, tidak sama dengan berdusta atas namaku, siapa yang dusta atas namaku dengan sengaja maka hendaknya menyiapkan tempatnya di neraka.

berhati²lah dengan hadis² palsu yang semakin banyak berleluasa sekarang ini, wallahu'alam.
 
itu la kd ... asal ada nama nabi sabda ... org ingat ni hadis ori .. mcm mana nak tau yang palsu ? payah ni ~X(
 
tuntutlah ilmu dimana² sahaja wahai sedara virus, menda lain kita leh usaha buat, nak cari kebenaran ni kena usaha lebey sket :D
 
itu la ... :P segan la aku tanye .. kena sebijik :eek:
 
adalah lebih baik jika saudara KD dapat postkan antara hadis-hadis palsu tersebut.. jika ada ler..
 
Al-Lu’Lu’ Wal Marjan​

Himpunan Hadits Sahih Yang Disepakati oleh Imam Bukhari R.A. & Imam Muslim R.A.

Ali R.A. berkata: Nabi SAW bersabda: Kalian jangan berdusta atas namaku, maka sesungguhnya siapa yang berdusta atas namaku pasti masuk neraka.

Anas R.A. berkata: Sesungguhnya yang menahan diriku memperbanyak riwayat hadits kepadamu, kerana Nabi SAW bersabda: Siapa yang berdusta atas namaku, maka ia menyiapkan tempatnya dalam neraka.

Abu Hurairah R.A. berkata: Nabi SAW bersabda: Siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah menyiapkan tempatnya didalam neraka.

AlMughirah R.A. berkata: Saya telah mendengar Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya semua dusta, tidak sama dengan berdusta atas namaku, siapa yang dusta atas namaku dengan sengaja maka hendaknya menyiapkan tempatnya di neraka.

berhati²lah dengan hadis² palsu yang semakin banyak berleluasa sekarang ini, wallahu'alam.

Nabi sudah memberi amaran..maka sudah pasti ia akan berlaku..sebagaimana al-Quran memberi amaran...kejahatan tetap berlaku...maka dari itu berhati2lah dengan hadits2 palsu pegangan Islam kini hingga mereka merasakan mereka adalah Ahlus Sunnah (Ahli al-Hadits dan as-Sunnah Nabi)dan Islam mereka adalah benar... Wallahu A`lam.
 
1000497221.jpg

1000497222.jpg

AWAS: HADIS MAUDHU’ (PALSU)

“Barangsiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, 110)

Kedudukan Hadis Palsu

“Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya hadis palsu adalah termasuk dalam kategori hadis-hadis dhaif yang paling buruk.”

Hukum Meriwayatkan Hadis Palsu

❌ Para ulama’ menegaskan bahawa haram meriwayatkan hadis palsu apabila diketahui akan kepalsuannya, kecuali untuk menjelaskan bahawa ia palsu.

Bersama kita berhati-hati dalam menyampaikan ilmu. Jauhi diri dari menyebarkan hadis palsu demi menjaga kesucian agama kita.
 
Back
Top
Log in Register