BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

B@bi tidak najis...?

tak payah le bro nak banyak banyak belajar.kalau dah tak faham ambil asas jer.. yang penting solat 5 waktu tu buat tak? kalau buat Alhamdulillah..coz otak dapat oksigen yang banyak bila dapat oksigen yang banyak anda mudah belajar.. :P

:D:D:D:D:D

btol tu jugak broo....hehehehe
 
Islam itu Indah dan Mudah...selaminya dgn cara menghayatinya.......:p
 
kalau belajar fiqh

najis terbahagi kepada 3 jenis

mugholazoh
mutawassitoh
mukhaffafah

apa ustaz cakap ni betul bagi yang belajar ... bagi yang tak belajar mcm kita ni, kita ada fatwa kebangsaan ... dan fatwa menyarankan najis **** dan anjing adalah tergolong dalam najis berat ( mugholazoh ) dan perlu disamak apabila tersentuh ....

pada pandangan aku mcm tak sesuai diperbincangkan di sini , thread ni boleh dikategori dalam thread perbincangan agama yang tinggi serta boleh menimbulkan kekeliruan kepada sesiapa yang kurang ilmu

sebagai islam kita merujuk kepada kedua duanya, quran dan hadis sahih
 
Ini pun jadi isu besar juga. Tak payahlah kita bertelagah ttg isu ini. pada dasarnya memang haram maka haramlah hukumnya. Kena berpegang kepada kedua2 AiQuran dan hadis. Jika darurat dah lainlah pula.
 
kalau belajar fiqh

najis terbahagi kepada 3 jenis

mugholazoh
mutawassitoh
mukhaffafah

apa ustaz cakap ni betul bagi yang belajar ... bagi yang tak belajar mcm kita ni, kita ada fatwa kebangsaan ... dan fatwa menyarankan najis **** dan anjing adalah tergolong dalam najis berat ( mugholazoh ) dan perlu disamak apabila tersentuh ....

pada pandangan aku mcm tak sesuai diperbincangkan di sini , thread ni boleh dikategori dalam thread perbincangan agama yang tinggi serta boleh menimbulkan kekeliruan kepada sesiapa yang kurang ilmu

sebagai islam kita merujuk kepada kedua duanya, quran dan hadis sahih
Aku dulu pun belajar benda yang sama gak, tapi bila mendapat tahu tentang satu ilmu yang baru menjadikan aku ni semakin jahil tentang ilmu Allah.

Zaman dulu aku dok belajar sifat 20 & hukum shalat, bila belajar pulak pasal hukum syariah dalam islam (hudud, qias, qisas & takzir) aduh terasa kosong pasal ilmuMu.

Sekarang ni plak jumpa ilmu pasal b@bi lak...

"pecangahan pendapat merupakan hikhmah bagi kamu"
 
Semakin banyak yang kita belajar semakin jahil rasa diri...perbincang secara ilmiah dialu-alukan

http://www.youtube.com/watch?v=uEp2o-YWILc

Mod kalau dah ada tulun delete...

Masalah ini adalah fekah, penceramah tu pun kata kalau ikut feqah susah, baik ikut Al-Quran dan As-sunnah! Tapi dia tak sedar ke masalah Feqah tu dari Quran dan sunnah juga.

Nak tuduh ust ni Wahabi pun aku takde bukti. Tapi ust ni macam nak menolak pandangan Imam yang 4 (Syafie, Hanbali, Maliki, Hanafi). Tapi nak suruh orang ikut pendapat dia.

Mazhab yang 4 itu bile dah dia bincangkan pasal **** dan yang berkaitnya, telah meletakkan dalil-dalilnya...dalil2 mazhab yang 4 tuh bersandarkan pada Quran dan Hadis juga.

Asyik kata saya tak jumpa dalil, saya tak jumpa dalil...yang 4 imam letak dalam kitab masing2 tu ape? Hang tak bace kitab mereka ke? Kalau hang tak bace, hang nak bahas macamane?

p/s: hati-hati la dapatkan informasi...ni zaman dajjal...akhir zaman...

mukaddimah

Berikut adalah hukum-hakam tentang ****. Semoga dapat memberi penjelasan yang dapat memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat melayu terhadap pandangan Islam dlm perkara ini.


Makan daging ****

Ijmak para ulama mengatakan haram makan daging **** melainkan dalam keadaan darurat. Ini berdasarkan firman Allah swt:

إنما حرم عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما أهل به لغير الله فمن اضطر غير باغ ولا عاد فلا إثم عليه إن الله غفور رحيم

“Allah hanya sanya mengharamkan kepadamu untuk memakan bangkai, darah, **** dan binatang yang disembelih untuk selain Allah. Sesiapa yang makan dalam kemudaratan tanpa melampau dan tanpa berlebih-lebihan maka dia tidak berdosa. Sesungguhnya Allah maha pengampun dan maha penyayang. (173 : al-Baqarah)

Najisnya zat ****

Ulama Hanafi, Syafie dan Hambali telah bersepakat bahawa zat **** adalah najis. Demikian juga semua yang terpisah darinya seperti peluh, air liur dan maninya. Ini berdasarkan Firman Allah swt:

قل لا أجد فيما أوحي إلي محرما على طاعم يطعمه إلا أن يكون ميتة أو دما مسفوحا أو لحم خنزير فإنه رجس...

"Katakanlah hai Muhammad, tidak ada aku dapati dalam wahyu yang diturunkan kepadaku perkara yang haram dimakan melainkan bangkai, darah yang mengalir atau daging **** ; sesungguhnya ia adalah najis.” (145 : al-Anam)

Ulama mazhab Maliki menyatakan bahawa zat **** yang hidup tidak najis.

Kulit ****, adakah boleh disamak?

Sepakat para ulama 4 mazhab menyatakan bahwa kulit **** tidak boleh dibersihkan dgn samak.

Sebahgian ulama seperti Abi Yusuf dan pendapat yang tidak masyhur dalam mazhab Maliki menyatakan kulit **** bersih bila disamak. Dr Yusuf Qardawi cenderung dgn pendapat ini dalam kitabnya Halal wal Haram.

Cara membersihkan benda yang terkena jilatan ****

Ada tiga pendapat

Mazhab Syafie dan Hambali mengatakan perlu membasuhnya 7 kali dan salahs atunya dicampur dengan tanah. Ini dikiaskan dgn hukum jilatan anjing yang disebut dlm hadis.

1. Mazhab Hanafi berpendapat perlu membasuhnya 3 kali.
2. Mazhab Maliki berpendapat tidak najisnya benda yang terkena jilatan ****.

Hukum jual beli ****

Ijmak Ulama mengatakan bahawa tidak sah jual beli ****. Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw:

إن الله تعالى ورسوله حرم بيع الخمر والميتة والخنزير والأصنام

“Sesungguhnya Allah swt mengharamkan jual beli arak, bangkai, **** dan berhala.” (Hr Bukhari dan Muslim – sahih)

Orang kafir ahli zimmah yang membelanya

Para fuqaha bersepakat bahawa orang kafir ahli zimmah boleh membela **** selagi mana ia tidak bersifat terang-terangan.

Ulama syafie menyatakan bahwa orang kafir ahli zimmah tidah boleh membela **** secara terang-terangan sekiranya tempat yang ada orang-orang Islam. Adapun tempat yang hanya ada orang kafir, boleh membelanya secara terang-terangan.

Menarik tentang ****

Syeikh ad-Damiri berkata “Kalau dikorek salah satu mata **** ia akan mati cepat. Kalau diikat bersama himar dengan kuat, kemudian himar kencing pasti **** akan mati. **** bercampur diantara ciri binatang buas dan binatang ternakan. Ciri binatang buas adalah taring dan makan bangkai. Ciri binatang ternakan adalah bentuk tapak kakinya dan memakan rumput.”

Mimpi ****

Mimpi jumpa **** menunjukkan kepada kejahatan, kepayahan hidup dan kemuflisan. Mimpi **** betina menunjukkan mendapat zuriat yang banyak. Siapa yang mimpi naik **** , maka dia mendapat harta dan mengalahkan musuh.

Pandangan orang melayu pada ****

Setengah orang melayu tidak menyebut **** dan meyebut khinzir sedangkan tidak ada hukum menyatakan haram menyebut ****. Setengah orang melayu juga menyebut ba alif ba ya, sedangkan Nabi tidak pernah menyebut kha nun zai ya ra. Mereka tidak rasa bersalah ketika mengumpat tetapi rasa bersalah bila sebut ****.

Menyentuh **** juga tidak haram. Ada orang melayu yang mengatakan pelajar veterinar pegang **** sebagai menghina Islam. Pegang najis tidak dosa. Macamana nak basuh kencing dan berak kalau tidak boleh pegang najis.

Yang lebih malang lagi, seorang agamawan malaysia memberitahu bahwa peluk **** adalah adalah dosa besar dalam kes orang2 yang peluk **** kerana mencari nombor ekor. Dia kata mereka ini telah buat 3 dosa besar iaitu berjudi, kepercayaan sesat dan peluk ****. ini menggambarkan seolah peluk **** adalah berdosa sedangkan ia tidak haram.Berjudi dan mempercayai **** dgn kepercayaan yg sesat adalah dosa besar tapi perbuatan peluk **** adalah tidak berdosa. Tidak adak dalil dan tidak ada seorang ulama muktabar pun yg berpendapat begitu. Ia mengeluarkan hukum berdasarkan sensiviti melayu yg anti ****.

Rujukan: Mu’jam Mufahris Li Alfazul Quranul Karim, Al-Mausu’ah al-Feqhiah dan Hayatul Hayawanul Kubra oleh ad-Damiri.

akhisalman.blogspot.com
 
Last edited:
Masalah ini adalah fekah, penceramah tu pun kata kalau ikut feqah susah, baik ikut Al-Quran dan As-sunnah! Tapi dia tak sedar ke masalah Feqah tu dari Quran dan sunnah juga.

Nak tuduh ust ni Wahabi pun aku takde bukti. Tapi ust ni macam nak menolak pandangan Imam yang 4 (Syafie, Hanbali, Maliki, Hanafi). Tapi nak suruh orang ikut pendapat dia.

Mazhab yang 4 itu bile dah dia bincangkan pasal **** dan yang berkaitnya, telah meletakkan dalil-dalilnya...dalil2 mazhab yang 4 tuh bersandarkan pada Quran dan Hadis juga.

Asyik kata saya tak jumpa dalil, saya tak jumpa dalil...yang 4 imam letak dalam kitab masing2 tu ape? Hang tak bace kitab mereka ke? Kalau hang tak bace, hang nak bahas macamane?

p/s: hati-hati la dapatkan informasi...ni zaman dajjal...akhir zaman...


tol tu .. yang ni aku setuju .. sebab tu aku cakap tadi .. perbincangan tinggi ... boleh mengelirukan sapa sapa yang tak belajar ( xda ilmu )

bila dah takda ilmu mula laa nak ikut membuta tuli ...
 
so bro bro yang ikut wahabi tu saya tak kata salah.. tapi saya cuma khuatir adakah saya dari golongan yang diterima oleh Allah. coz hari hari aku duk minta IHDINA SIROTULMUSTAKIM.. tunjukkan jalan yang lurus.

pelajaran baru tu memang penting tapi adakah pelajaran baru tu bertentangan dengan yang ada? kalau bertentangan tauhid dari yang ada. baik kita tolak kan????

ini masalah feqah, bukan tauhid...nak pegang mazhab mana pun boleh kalau ade dalil yang kukuh...tp kalau apa satu pun tak tau, baik ikut mazhab yang dipegang secara tradisi dah la...
 
Back
Top
Log in Register