Sifat Azan:
Terdapat 3 cara azan:
1. Adzan dengan 15 kalimat, iaitu dengan lafaz:
4x اَللهُ اَكْبَرُاَشْهَدُ اَنْ لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ ×2
اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ ×2
حَيَّ عَلَي الصَّلاَةِ ×2
حَيَّ عَلَي الْفَلاَحِ ×2
2x اَللهُ اَكْبَرُ
1x لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ
[Berdasarkan hadis. Status Hasan. Diriwayatkan oleh Abu Daud (499), At Tirmidzi (189), Ibnu Majah (706), dan lain-lain]
Azan seperti ini adalah cara yang dipilih oleh Abu hanifah dan imam Ahmad.
2. Azan dengan 19 kalimat, iaitu sama seperti azan cara pertama akan tetapi ditambah dengan tarji’ (pengulangan) pada syahadatain. Tarji’ adalah mengucapkan syahadatain dengan suara perlahan [tetapi masih terdengar oleh orang-orang yang hadir] kemudian mengulanginya kembali dengan suara keras. Jadi lafaz “Asyhadu alla ilaaha illallaah” dan “Asyhadu anna muhammadarrasulullah” masing-masing diucapkan 4 kali.
[Hal ini berdasarkan sebuah hadis hasan dari Sahabat Abi Mahdzuroh yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (500-503), At Tirmidzi (192), Ibnu Majah (709), dan An Nasa’i (II/4)]
Azan seperti ini adalah cara yang dipilih oleh Imam Asy Syafi’i.
3. Azan dengan 17 kalimat, iaitu sama dengan cara azan kedua akan tetapi takbir pertama hanya diucapkan 2 kali, bukan 4 kali. Azan seperti ini adalah cara yang dipilih oleh Imam Malik dan sebahagian Ulama’ Madzhab Hanafiah. Akan tetapi menurut penulis Shahiq Fiqh Sunnah, hadis yang menjelaskan kaifiyat ini adalah hadis yang tidak sahih. Sehingga azan dengan cara ini tidak disyariatkan.
sumber: Shahih Fiqh Sunnah, cetakan Darut Taufiqqiyyah Litturotsi, Jilid I, halaman 247, karya Syaikh Kamal bin As Sayid Salim.