BTC USD 85,300.0 Gold USD 4,127.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azan Subuh 2 kali

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Azan sebelum masuk waktu Subuh dilakukan untuk membangunkan orang yang secara umumnya masih tidur untuk bersahur atau melakukan amal ibadat dan seterusnya bersiap untuk solat Subuh. Perkara ini berbeza dengan waktu solat fardu lain kerana pada umumnya manusia berjaga.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 'Bilal melakukan azan ketika masih malam, kerana itu makan dan minumlah sehingga Ibnu Ummi Maktum melakukan azan' [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Huraian: Sesudah Bilal melakulan azan, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam masih membolehkan orang ramai untuk makan sahur bagi yang berpuasa, jika Ibnu Ummi Maktum mengumandangkan azan menunjukkan masuknya waktu Subuh.

Elak keliru

-Tidak boleh melakukan azan sebelum masuk waktu [sebelum Subuh] melainkan orang yang sudah biasa melakukannya serta sudah dikenali suaranya oleh penduduk setempat.

- Harus ada muadzin lain yang melakukan azan selepas masuk waktu Subuh sebagaimana yang dilakukan oleh Bilal dan Ibnu Maktum. Justeru, apabila orang ramai mendengar azan Bilal, mereka mengetahui azan itu sebelum waktu Subuh dan azan Ibnu Ummi Maktum tibanya waktu solat Subuh.

Dari Ibnu Umar RA, katanya: "Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mempunyai 2 orang muadzin (tukang adzan), iaitu Bilal dan Ibnu Ummi Maktum yang buta. Maka bersabda Rasulullah SAW, "Bilal azan tengah malam kerana itu makanlah dan minumlah sampai Ibnu Ummi Maktum azan."
[Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1055]

Sunnah

Azan yang awal tidak perlu menggunakan kalimat 'Aassolatu-khairun minan-naum [solat itu lebih baik daripara tidur]. Inilah perbezaan penting antara azan pertama dan azan ke-2 pada waktu Subuh.

Kepentingan solat di masjid

Dari Ibnu Ummi Maktum R.A. dia berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kota Madinah banyak binatang berbisa dan binatang buas". Maka Nabi S.A.W. bersabda: "Tidakkah kamu dengar seruan azan: Hayya 'alash shalaah. Hayya 'alal falaah? Oleh itu, penuhilah. *Hadis ini juga dikeluarkan oleh Nasaai.
[Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0521]
 
Perlis azan Subuh 2 kali. azan jumaat sekali
 
mohon huraian hadis last tu..

Dari Ibnu Ummi Maktum R.A. dia berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kota Madinah banyak binatang berbisa dan binatang buas". Maka Nabi S.A.W. bersabda: "Tidakkah kamu dengar seruan azan: Hayya 'alash shalaah. Hayya 'alal falaah? Oleh itu, penuhilah. *Hadis ini juga dikeluarkan oleh Nasaai.
[Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0521]

tak faham apa kaitan
 
mohon huraian hadis last tu..



tak faham apa kaitan

hadith berkenaan anjuran dari nabi untuk kaum lelaki solat fardhu berjemaah di masjid
 
hadith berkenaan anjuran dari nabi untuk kaum lelaki solat fardhu berjemaah di masjid

binatang buas banyak so kena pegi solat kat masjid?
 
binatang buas banyak so kena pegi solat kat masjid?

itu menunjukkan sgt ditekankan solat berjemaah dimasjid bagi kaum lelaki.. ada juga sebuah hadith pasal seorang yang buta yg disuruh nabi berjemaah ke masjid bila azan dilaungkan
 
itu menunjukkan sgt ditekankan solat berjemaah dimasjid bagi kaum lelaki.. ada juga sebuah hadith pasal seorang yang buta yg disuruh nabi berjemaah ke masjid bila azan dilaungkan

so takde kaitan dengan binatang2 buas la
 
Back
Top
Log in Register