BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ayob Khan Tegas, Berintegriti Dan Tidak Goyah Tegak Kedaulatan Undang-undang - KPN

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Ayob Khan Tegas, Berintegriti Dan Tidak Goyah Tegak Kedaulatan Undang-undang - KPN​

b71d4cef128e77338fb4d0871ba2536b6a65de9280434

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Ibrahim Darus (kanan) dilantik pemangku Timbalan Ketua Polis Negara bermula hari ini.

Lantikan berkenaan bagi menggantikan Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay (kiri) yang bersara wajib esok selepas berkhidmat hampir 35 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail (tengah) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.


Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail menyifatkan Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai satu jenama kepimpinan yang sarat dengan komitmen, ketegasan dan integriti sepanjang lebih tiga dekad perkhidmatannya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata Ayob Khan adalah pemimpin berprinsip yang tidak mudah goyah dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.

"Secara peribadi, kehadiran Ayob Khan sebagai timbalan (Timbalan Ketua Polis Negara) adalah satu anugerah yang bukan hanya sebagai seorang pembantu kanan, malah rakan ‘sekiblat’ yang setia berdiri teguh di sisi dalam mengharungi badai dan cabaran demi menjulang martabat pasukan Sang Saka Biru.

"Saya amat menghargai setiap perkongsian pahit manis dan jerih perih sepanjang kita mengemudi bahtera Sang Saka Biru ini," katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis serah terima tugas antara Ayob Khan dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Ibrahim Darus, yang dilantik sebagai Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara bermula hari ini.

Mohd Khalid berkata sepanjang hampir 35 tahun mengabdikan diri dalam PDRM, bekas graduan Universiti Kebangsaan Malaysia itu telah membuktikan kewibawaannya dalam pelbagai jawatan kritikal, khususnya Cawangan Khas, menerajui kontinjen Johor, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), sebelum menamatkan khidmatnya sebagai Timbalan Ketua Polis Negara ke-29.

"Ketegasan beliau dalam membanteras anasir militan dan menjaga keutuhan integriti wajar dijadikan suri teladan oleh seluruh kepimpinan pasukan," katanya.

Sepanjang kerjayanya, Ayob Khan pernah memegang pelbagai jawatan penting antaranya dalam Cawangan Khas termasuk Bahagian Counter-Terrorism, Ketua Polis Johor, Pengarah JSJN dan Pengarah JSJ Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Jun 2023.

Dalam pada itu, Mohd Khalid turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Ibrahim atas pelantikan sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara.

 
Back
Top
Log in Register