BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ayda Jebat selamat lahirkan bayi perempuan, diberi nama Anggun Mikayla

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2026-01-26-at-5.33.51-PM-1.jpeg

AYDA selamat melahirkan anak ketiganya hari ini dan diberi nama Anggun Mikayla.

Ayda Jebat selamat lahirkan bayi perempuan, diberi nama Anggun Mikayla PETALING JAYA- Penyanyi Ayda Jebat selamat melahirkan anak ketiganya yang diberi nama Anggun Mikayla di sebuah pusat perubatan swasta hari ini.

Ayda atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat, 33, melahirkan rasa syukur dengan kelahiran ketiga selain berterima kasih kepada semua pihak yang menitipkan doa buatnya selama ini.

“Assalamualaikum, selamat datang ke dunia Anggun Mikayla.

“Alhamdulillah 26 Januari 2026 lahirnya seorang puteri yang manis.

“Terima kasih yang mendoakan, sayang semua,” katanya dalam Instagram hari ini.

Perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada netizen dan rakan selebriti.

Ayda dan suaminya, Nabil Mahir pada akhir Disember lalu mengumumkan jantina anak ketiga mereka dalam sebuah majlis ‘gender reveal’ di ibu negara.

Katanya, anak sulungnya, Ana Nayla juga mengimpikan untuk memiliki adik perempuan.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ana, 4, serta Aali Mateen, 2. – KOSMO! ONLINE
==============================
Tahniah Ayda dan Nabil! Suka2 tengok post IG dia, berseri sangat. Harap2 Anggun mewarisi bakat mak dia. Nanti ada show nyanyi dgn mommy pulak. Tp jangan cepat2 tambah lagi ye! 😜

 
Back
Top
Log in Register