BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hamil empat bulan, Ayda Jebat bakal timang anak ketiga

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
ayda-jebat.jpeg

AYDA dan suami tersayang, Nabil bakal menyambut kelahiran anak ketiga sekali gus melengkapkan keluarga kecil mereka.

Hamil empat bulan, Ayda Jebat bakal timang anak ketiga PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengejutkan ramai apabila mengumumkan kini hamil anak ketiga.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, berkongsi berita gembira itu dalam akaun Instagram miliknya.

“Assalamualaikum. Keluarga kecil kami insya-Allah akan bertambah seorang lagi. Ayda sekarang dah empat bulan hamil. Alhamdulillah. Doakan semuanya dipermudahkan,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen serta rakan artis menitipkan ucapan tahniah kepada Ayda.

Antara komen yang menarik perhatian ramai tentunya daripada Mira Filzah yang merupakan rakan gandingannya dalam drama Mandul Bukan Pilihan yang baru sahaja melabuhkan tirai.

“Awak telah merahsiakan berita ini daripada kami. Tapi saya gembira kerana menjadi antara yang pertama tahu. Kalau tak memang saya tak bagi Elhan (watak Ashraf Muslim) campak-campak awak. Tahniah, jangan nakal-nakal okey,” komen Mira.

Ayda kemudian dilihat membalas komen tersebut dengan meminta maaf kerana tidak memaklumkan lebih awal tentang kehamilannya.

“Maaf sayang. Saya terpaksa. Kalau tak mesti kalian tak bagi buat dramatik. Insya-Allah semuanya okey. Sayang kamu dan semua,” balas Ayda.

Terdahulu, Ayda sudah memiliki sepasang cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Nabil Mahir iaitu Ana Nayla, 4 dan Aali Mateen, 2. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alahai Ayda, busy betul sampai hamil pun sempat rahsiakan. Tapi tengok IG dia, nampak happy jer dgn family. Harap Ayda and Nabil enjoy la dgn anak baru ni, tambah riuh rumah. 😊

 


Ayda Jebat hamil anak ketiga

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat, 33, mengumumkan dia kini hamil anak ketiga dengan usia kandungan sudah mencecah empat bulan.

Berita gembira itu dikongsi Ayda menerusi hantaran video keluarga bersama suami, Nabil Mahir dan dua anak di akaun Instagram (IG) miliknya.

"Assalamualaikum. Keluarga kecil kami insya-Allah akan bertambah seorang lagi.

"Ayda sekarang dah empat bulan hamil. Alhamdulillah. Doakan semuanya dipermudahkan," tulisnya ringkas dan padat.

Rata-rata netizen terkejut kerana Ayda yang dibenci penonton dengan watak jahat, Farah ternyata sudah hamil ketika dia membintangi drama Mandul Bukan Pilihan itu.


Meninjau di ruangan komen, Ayda turut memohon maaf kepada rakan pelakon lain dan penonton Mandul Bukan Pilihan kerana membuat keputusan merahsiakan kehamilannya.

"Maaf sayang. Saya terpaksa. Kalau tak mesti kalian tak bagi buat dramatik. Insya-Allah semuanya okey. Sayang kamu dan semua," tulisnya yang mendapat pujian ramai.


Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan kini mereka sudah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ana Nayla, 4 dan Aali Mateen, 2.
 
Back
Top
Log in Register