Nie bukan long story. cuma satu sharing untuk semua. tiada sorok2. Ayam di sini merujuk kepada ayam pengepit daging atau bahasa kasarnya pelacur.
Sepanjang aku bertugas dalam JIM. Kes Wanita Asing terlibat pelacuran paling aku malas nak layan tapi layan juga la,sal dah kena arahkan. Kes nie moleknya PDRM yg handle lebih baik, tapi aku tgk mcm makin berlambak jer dah tak menang tangan kot.
Benda nie dah lama berlaku, dah jadi kanser tahap 4 dah pun.Ayam nie datang nya dari China, Thailand, Vietnam, Indonesia, filipin, Uzbekistan, Europe.
Ayam import nie ada permintaan tinggi dari dalam negara kita. rasanya semua orang sedar dan tahu, tapi tak boleh buat apa-apa atau tak nak buat apa-apa kerana pernah melanggan atau bakal melanggan. kasar? tapi itu lah realiti masyarakat kita. Sibuk mengaduh Pendatang Asing buat onar di negara kita tapi tak buat aduan pun dgn pihak berkuasa. Pelikkan Malaysian nie.
7 atau 8 tahun lepas. Marketing Ayam ini di pasarkan melalui website. taip jer escort girl di google, boleh view sendiri hasilnya. itu baru jer kat google, the tips of the iceberg, ada lagi banyak kat Deep Web.
Ayam nie semua bawak penyakit STD korang tau. Herpes, Siplis, HIV. Peliknya malaysian nie, dah tau bawak penyakit. di yakinkan diri sendiri. Dont worry she's clean. seronok 30 min sengsara seumur hidup kalau dijangkiti. apa lah lelaki miang nie. Isteri cantik2 kat rumah di tinggalkan, di cari nya Penyakit kat luar.
Seperti biasa la. Bisnes ayam import nie. Kongsi Gelap Cina la yg monopoli. Tauke ayam yang bowduh akan simpan ayam dia kat rumah banglo mewah atau condo dan di kawal rapi. Adakah dia sangka, kami tidak tahu dan tidak boleh buat apa2. Kalau dapat tangkap tokey nya nie, boleh kena caj under ATIP lagi sakit hukuman nya. Nak aku jahat lagi aku buat tuduhan berasingan, nanti dapat hukuman berasingan dan bersambungan hukumannya.
Tokey yg smart, tokey yg dapatkan ayam nya pas student dan status isteri kepada w/negara malaysia. Yg nie payah. leceh. Jenayah terancang yg mengambil kesempatan ke atas kelemahan undang2. Cth: Ayam2 tu berlegar di Club dan Pub sambil menawarkan servis mereka. Tokey pub tahu dan membiarkan shj, kerana it's good for their bisnes, customer datang tgk amoi cantik. lagipun dia tak menggaji pun ayam-ayam nie. ayam2 nie dilepaskan utk cari makan sendiri, bapak ayam duk rumah tunggu duit masuk tiap2 hari. Apa jadi ek bila kami gi tahan dan tangkap ayam nie semua. Nanti yg berstatus isteri kpd w/negara malaysia nie, akan hadir la si suami nya. Si suami akan maki kami, SALAH KER AKU PUNYER BINI PERGI MINUM KAT SINI. Tak salah. tapi bawak balik juga, lepas 14 hari reman, lepas la dia. bagaimana dgn yg ada student pass. nanti semasa dlm tahanan kami, akan dtg la agen dari institut pengajian yg ayam ni 'belajar'. Lepas dapat dokumen yg perlu dr agen tu, didapati mmg ayam tu ada pergi belajar dan ayam tu mmg trpelajar, maka lepas juga dia.