BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Hobi sabung ayam

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,252
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,252
Reaction score
1,660
Points
201
#JohorBahru Polis menahan 43 individu kerana terlibat perjudian laga ayam menerusi serbuan di Kampung Melayu Pandan, dan Felda Aping Barat dekat Kota Tinggi, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata mereka terdiri daripada 27 lelaki dan seorang wanita tempatan serta 15 lelaki warga asing berusia antara 21 hingga 71 tahun, termasuk dua penganjur.

“Polis merampas 22 ayam hidup dan 12 yang mati serta beberapa sangkar besi, peralatan sabung ayam, pisau taji ayam, penimbang berat dan wang tunai RM22,489,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ab Rahaman berkata kumpulan itu memilih kawasan pedalaman bagi mengelakkan dikesan, dengan hanya pelanggan dikenali dan dijemput boleh memasuki tempat tersebut.

Kumpulan itu membuat gelanggang berbentuk bulatan dan setiap sesi melaga ayam berlangsung kira-kira 20 minit dengan lima hingga 10 kali pertaruhan dijalankan.

“Jumlah pertaruhan bermula dari RM550 hingga RM2,000 dan komisen 10 peratus diambil penganjur,” katanya.

Berita penuh https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2465138

📸 Polis Johor

#BernamaNews

14058633659745741-321446.jpg

14058633659745741-321447.jpg

14058633659745741-321448.jpg

14058633659745741-321449.jpg
 
Back
Top
Log in Register