balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
IPOH: “Saya mimpi aneh dia memeluk erat badan saya beberapa hari sebelum meninggal dunia,” kata Saidin Osman, 74, bapa gadis malang, Siti Rozita, 27, yang maut akibat parah selepas motosikal ditunggang bertembung kereta di simpang tiga Kampung Bahagia, di sini, Rabu lalu.
Mangsa yang koma sejak lima hari lalu, menghembuskan nafas terakhir jam 6 pagi semalam selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.
Lebih menyedihkan apabila mangsa sepatutnya melangsungkan majlis perkahwinan Ahad ini dengan tunangnya yang juga pekerja kilang, Zunaidi Mohamad, 36 di rumahnya di Alor Bakong, Kuala Sungai Manik.
Saidin yang ditemui di pekarangan HRPB berkata, dia tidak menyangka mimpi pelik berkenaan petanda anak perempuannya itu pergi buat selama-lamanya.
“Dalam mimpi itu, Siti memeluk badan saya cukup erat seolah-olah tidak mahu terlepas daripada pandangannya. Sebaik terjaga daripada mimpi itu, saya hairan dan memaklumkan mimpi itu kepada ahli keluarga lain.
sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ayahmimpidipelukerat/Article/index_html