BTC USD 82,772.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awas...anda sedang diperhatikan

taurusboyz90

Legendary Member
gem
Messages
10,015
Joined
Apr 20, 2008
Messages
10,015
Reaction score
119
Points
123
Berhati-hatilah, khususnya buat kamu wanita bahawa anda mungkin sedang dilihat dan diperhatikan ketika menggunakan cermin yang tergantung di tandas awam, bilik hotel, mahupun di bilik persalinan pakaian.. Macam mane tu? Teruskan bacaan..

Terfikir tak? Dan apa perasaan anda jika ketika anda sedang menukar pakaian, ada seseorang yang lain khusuk memerhatikan anda disebelah cermin sana! Tambah haru-biru lagi jika gambar anda dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia..Wah..gawat!

Oleh itu, kita perlu pastikan cermin yang digunakan tu adalah cermin biasa ataupun cermin 2 arah.

Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan dan cermin 2 arah adalah jenis cermin yang orang disebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka.

Bagaimana kita ingin bezakan? Mari lihat foto dibawah ini.

ujian2bkaca2bdua2bhala.jpg

Ini KACA DUA HALA. Apabila anda letakan jari, hujung kuku anda nampak bertemu dan tiada ruang antaranya, maka, AWAS, ANDA SEDANG DIPERHATIKAN.

ujian2bcermin2bsebenar.jpg

Ini pula adalah cermin yang sebenar. Apabila anda letakkan jari anda seperti dalam gambar, hujung kuku anda akan kelihatan seperti masih ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau ditekan kuat.

Jelaskan foto di atas ni?
Jadi, harap lebih berhati-hatilah selepas ni. :)

credit to kaki_bangku

info tambahan

Gunakan kaedah sentuhan
klau guna jari susah nak uji cermin tu sbb kuku pendek d ujung jari lembut..cara berkesan guna pen atau benda serupa dgnnya. klau cermin biasa dia ada jarak bila objek bersentuh dgn cermin tu...klau cermin jenis skodeng duahala ni bila bersentuh antara 2 objek seperti pen kt blh nmpk tiada ruang atau pen td bersentuhan antara 1 sama lain mcm gmbr yg tt letak kt atas.

GUNAKAN Satu Lampu Suluh
cara lain untuk menentukan jika itu adalah cermin 2 hala adalah dengan membawa satu lampu suluh bersama anda dan memadamkan lampu-lampu dalam bilik itu. Kemudian menghalakan lampu suluh pd cermin dan jika cahaya menembusi cermin ituk bermakna itu adalah cermin 2 hala @ atau cermin skodeng.

Memeriksa keadaan dan cara cermin dipasang
Memeriksa bagaimana cermin dipasang ditempat itu. Kebiasaan cermin normal dipasang dengan cara digantung,anda boleh memeriksa keadaan dibelakang cermin itu sekiranya terdapat dinding ia adalah cermin normal. Sebaliknya cermin duahala @ cermin tembus dipasang kedalam dinding.

Kaedah bunyi ketuk permukaan
Anda boleh juga menepuk pada permukaan cermin dengan sendi jari dan mendengar bunyi yang dihasilkan. Cermin normal biasanya akan menghasilkan satu bunyi padat kerana ia diletakkan di depan dinding. Manakala cermin duahala akan berbunyi lebih kosong dan menghasilkan bunyi getar pantulan menunjukkan ada ruang kosong disebalik cermin tersebut.

kpd semua berhati-hatilah dgn benda2 mcm ni terutama kpd pempuan. bkn stakat cermin, kaedah lain camera spy, fon 3gp,dan len. Tolong jgn relakan anda diskodeng @ dirogol secara visual krn ia adlh maruah , privasi dan keselamatan anda dan lain.

credit to msaifziec
 
Last edited:

Back
Top
Log in Register