BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Auku akan dimansuhkan, kata Anwar

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Auku akan dimansuhkan, kata Anwar​

263a3636-auku-protest-fmt-resize-140426-1.jpg

Kumpulan pelajar Sekretariat Mansuh Auku melancarkan kempen di seluruh negara menggesa akta itu dimansuhkan pada April lalu.

“Anak-anak mahasiswa merasakan mereka harus bebas, kita sudah bebaskan dengan pindaan Auku, masih ada yang tidak puas hati, mereka mengemukakan memo.

“Maka, hari ini saya nak umumkan kita akan mansuhkan Auku,” kata presiden PKR itu ketika menyampaikan ucapan dasarnya sempena Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

Auku melalui tujuh pindaan sejak diperkenalkan pada 1971. Pindaan pada 2012 membenarkan mahasiswa menyertai kegiatan anjuran parti politik di luar kampus.

Pindaan terbaharu pada 2024 membabitkan Seksyen 16B Auku berhubung tindakan tatatertib ke atas pelajar universiti awam tidak lagi tertakluk di bawah kuasa naib canselor, sebaliknya diputuskan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar.

Pindaan Seksyen 15A Auku pula membenarkan Majlis Perwakilan Pelajar dan badan pelajar mengumpul dana serta menerima sumbangan, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang bertulis ditetapkan.

Kementerian Pendidikan Tinggi sebelum ini berkata, ia tiada rancangan memansuhkan Auku sepenuhnya. Pendirian itu mendorong 40 pelajar mewakili lebih 30 kumpulan mahasiswa berarak ke Parlimen pada 9 Feb lalu menuntut pemansuhan sepenuhnya.

April lalu, kumpulan pelajar Sekretariat Mansuh Auku melancarkan kempen di seluruh negara menggesa pemansuhan akta itu.
 
dia ingat dia President ade kuasa mutlak kot


AUKU tu bukan ke kene dibentangkan ke parlimen dulu..

kalau xde AUKU nie.. boleh jadi macam huru hara mcm kat negara seberang... tak puas hati sikit..demo sane sini..

aku rase ini persediaan utk menjadi pembangkang semula..

kemudia nanti dapat dana NED, boleh gerakkan mahasiswa melawan kerajaan semula..ko tabur je duit ade je yg akan join..long term investment

bnyk akta2 penting bila dimansuhkan adalah utk ikut kehendak politaik..contoh mcm ISA ..dah nampak kesan bila ISA dimansuhkan...ISA dulu lawan komunis, skng komunis is back

skng pun ade gerakan nak mansuhkan SOSMA
 
Auku ni mcm isa utk student ke camne?
 
Auku ni mcm isa utk student ke camne?

paling tepat, tgk contoh apa berlaku di Indonesia

- kawalan aktiviti politk sukar dikawal
- kumpulan extreme pelajar yg bermasalah susah dikawal
- risiko demostrasi kampus jadi tak terkawal
-campur tangan org luar ke dalam gerakan mahasiswa
- dana luar boleh dugunakan utk hasut gerakan mahasiswa
- tindakan jadi tak seragam

Senang citer , lebih bnyk masalah berbanding bende baik... mansuhkan AUKU tapi kene ade pengganti akta yg lebih tersusun dan jelas jgn sampai dipergunakan..tp aku rase takkan berlaku..sbb keadaan skng , bang non nak terceduk...jadi di kembalik ke mahasiswa utk bergerak dapatkan sokongan.bukan sbb nak tolong mahasiswa sgt pun..
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register