BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Auku mesti dimansuh sepenuhnya, tiada akta ganti kekang mahasiswa, kata Anwar

afwan83

Active+ Member
Messages
3,226
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,226
Reaction score
12
Points
25

Auku mesti dimansuh sepenuhnya, tiada akta ganti kekang mahasiswa, kata Anwar​

3c93d6fe-b70e-4037-bd7b-373b541c01dd-Anwar-Ibrahim-Kongres-Nasional-Keadilan-2026-MITEC-Melaka...jpg

Anwar Ibrahim berkata beliau akan membawa pendirian itu pada mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini.

Beliau berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha untuk sekadar meminda Auku, sebaliknya akta berkenaan mesti dimansuhkan sepenuhnya.

Katanya, langkah itu penting bagi menjamin kebebasan hakiki mahasiswa serta memastikan idealisme dan pergerakan mereka di kampus tidak dikongkong menerusi undang-undang khusus.

“Auku wajib dimansuhkan sepenuhnya. Ada kebimbangan kononnya bila Auku dibatalkan, undang-undang baharu diperkenalkan yang juga mengongkong dan menyekat.

“Saya tidak akan benarkan mana-mana peraturan atau undang-undang gantian yang mengongkong kegiatan mahasiswa,” katanya pada penggulungan Kongres PKR 2026.

Presiden PKR itu berkata undang-undang sedia ada negara sudah memadai menangani kesalahan jenayah umum tanpa memerlukan akta khusus yang menyekat mahasiswa.

Beliau berkata prinsip berkenaan telah diperkenalkan sejak 1974 dan tidak wajar diteruskan dalam bentuk baharu.

“Saya tidak bermaksud melonggarkan peraturan tatatertib jenayah sedia ada, tetapi undang-undang khas bagi mahasiswa seperti Auku tidak wajar diteruskan,” katanya sambil menyatakan pendirian itu ditegaskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini.

Semalam, Anwar mengumumkan pemansuhan Auku dan Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir kemudiannya menjelaskan sudah ada sebuah akta baharu yang lebih komprehensif bagi menggantikan Auku digariskan dalam Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035.

Menurutnya, proses menggubal kerangka baharu itu akan dilaksanakan secara inklusif dengan mengambil kira pandangan kepimpinan universiti, ahli akademik, institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, pemain industri, politeknik dan kolej komuniti.
 
Back
Top
Log in Register