BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mansuh Auku: ‘Jangan umum dahulu, fikir kemudian’, kata pemimpin Umno Kedah

afwan83

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,223
Reaction score
12
Points
25

Mansuh Auku: ‘Jangan umum dahulu, fikir kemudian’, kata pemimpin Umno Kedah​

a18eac86-shaiful-hazizy-zainol-abidin-fb-050825-1.jpg

Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata pihaknya tidak menolak reformasi, tetapi perubahan terhadap dasar pendidikan tinggi tidak boleh dibuat secara semberono. (Gambar Facebook)

Ketua Penerangannya Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata kerajaan sebaliknya perlu memperincikan terlebih dahulu kerangka undang-undang yang akan menggantikannya.

“Apabila pemansuhan sebuah akta induk diumumkan di pentas parti (Kongres PKR) sebelum kerangka penggantinya diperincikan, rakyat berhak bertanya adakah ini reformasi yang dirancang atau keputusan politik yang tergesa-gesa?

“Jangan kerana mahu mengejar political mileage, kerajaan membudayakan pendekatan ‘umum dahulu, fikir kemudian’,” katanya dalam kenyataan.

Anwar pada Kongres PKR hari ini mengumumkan Auku akan dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baharu, lebih lima dekad selepas akta itu diperkenalkan pada 1971.

Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir pula menjelaskan kerangka perundangan baharu yang lebih komprehensif bagi menggantikan Auku sudah dirancang menerusi agenda Akta Satu Pendidikan Tinggi di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035.

Shaiful berkata pihaknya tidak menolak reformasi, tetapi perubahan terhadap dasar pendidikan tinggi tidak boleh dibuat secara semberono atau demi ‘rating politik’.

Menurutnya, Auku bukan semata-mata berkaitan kebebasan mahasiswa kerana peruntukan membabitkan golongan itu sudah beberapa kali dipinda, termasuk memperluaskan ruang untuk mereka bersuara dan berpolitik.

“Jika Auku mahu digantikan, jelaskan kerangka penggantinya dan implikasinya terhadap universiti terlebih dahulu.

“Pendidikan tinggi negara bukan bahan eksperimen politik,” katanya.
 
tindakan nie lebih kepada politik

akan ade politaik nak gunakan darah muda mahasiswa utk melakukan gerakan suatu hari nanti
 
Back
Top
Log in Register