BTC USD 85,694.7 Gold USD 4,341.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Audi Q8 E-Tron - SUV EV Dengan Jarak Kembara Sehingga 481km

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,570
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,570
Reaction score
7,740
Points
916
230616-audi-q8-etron-sportback-01-1-scaled-750x375.jpg


PHS Automotive Malaysia (PHSAM) selaku pengedar rasmi kenderaan Audi di Malaysia hari ini telah melancarkan barisan kenderaan EV mereka secara rasmi dalam pasaran kita. Sebanyak empat model telah diumumkan dengan sehingga dua variasi untuk model-model tertentu.

230616-audi-q8-etron-event-02-1024x768.jpg
230616-audi-q8-etron-sportback-event-01-1024x768.jpg
230616-audi-etron-gt-event-01-1024x768.jpg


Empat model yang telah dilancarkan adalah:
  • Audi RS e-tron GT
  • Audi e-tron GT quattro
  • Audi Q8 e-tron
  • Audi Q8 Sportback e-tron
Buat yang rasakan e-tron GT terlalu besar ataupun inginkan kenderaan jenis SUV, Audi juga ada tawarkannya melalui Audi Q8 e-tron dan Audi Q8 Sportback.
 

Spesifikasi Audi Q8 e-tron

Audi Q8 e-tron kelihatan seperti SUV konvensional. Ia ditawarkan dalam dua variasi iaitu Advanced 50 Quattro ataupun S Line 55 Quattro yang lebih premium.

230616-audi-q8-etron-sportback-04-1024x640.jpg


Audi Q8 e-tron advanced 50 quattro diperkasa motor berkembar yang hasilkan kuasa 335hp dengan tirk setinggi 664Nm. Pecutan ke 100km/j daripada pegun mengambil masa 6.0s. Berbekalkan bateri berkapasiti 95kWh, ia dilapor boleh pergi sehingga 410km (WLTP) dan apabila perlu dicas ia menyokong sistem AC dan DC masing-masing pada paras 11kWh dan 150 kWh. Sebanyak 31 minit diperlukan untuk mengisi daripada 10 kepada 80% bateri kenderaan ini.

230616-audi-q8-etron-sportback-03-1024x682.jpg


Audi Q8 e-tron memiliki ruang but yang lebih besar berbanding versi Sportback iaitu 569L berbanding 528L. Variasi yang lebih premium iaitu Q8 e-tron S line 55 quattro mempunyai motor yang lebih berkuasa. Ia memuntahkan 402hp dengan tork setinggi 664Nm. Pecutan abad kenderaan ini mengambil masa 5.6s, sedikit lebih pantas berbanding versi advanced 50 quattro.

230616-audi-q8-etron-sportback-09-1024x683.jpg


Kapasitinya baterinya juga lebih besar iaitu 114kWh yang diterjemah kepada jarak kembara 481km. Apabila perlu dicas, ia menyokong sistem pengecasan AC dan DC masing-masing pada paras 22kWh dan 170kWh. Lagi kelebihan S line 55 quattro adalah ia dilengkapi cermin sisi digital yang bermakna lokasi cermin pandang belakang digantikan dengan kamera yang akan memaparkan video pada tetingkap suku masing-masing di sebelah kiri dan kanan pemandu.

230616-audi-q8-etron-sportback-06-1024x768.jpg


Salah satu ciri menarik kereta ini adalah Audi Phone Box. Ia adalah tempat untuk anda letakkan telefon pintar yang turut berfungsi sebagai pengecas wayarles. Satu ciri unik Audi Phone Box adalah ia bersambung dengan antenna kereta yang katanya mampu menambah baik isyarat telco telefon anda.
 

Spesifikasi Audi Q8 Sportback e-tron

Pengguna yang mengkehendakkan SUV yang lebih sporty, mereka boleh pertimbangkan versi Sportback kepada Audi Q8. Ia juga ditawarkan dalam dua variasi iaitu Advanced 50 Quattro ataupun S Line 55 Quattro yang lebih premium.

230616-audi-q8-etron-sportback-05-1024x536.jpg


Audi Q8 Sportback e-tron advanced 50 quattro dipacu sistem motor berkembar yang hasilkan 335hp dengan tork pada paras 664Nm. Memecut daripada pegun kepada 100km/j di dalam kenderaan ini mengambil masa 6.0s berbekalkan bateri 95kWh yang terkandung di dalamnya.

230616-audi-q8-etron-sportback-02-1024x682.jpg


Berbekalkan bateri penuh, kenderaan ini boleh bergerak sejauh 415km berdasarkan piawaian WLTP. Apabila perlu dicas, ia menyokong sistem AC dan DC masing-masing pada paras 11kWh dan 150 kWh. Sebanyak 31 minit diperlukan untuk mengisi daripada 10 kepada 80% bateri kenderaan ini. Audi Q8 Sportback e-tron memiliki ruang but yang lebih kecil berbanding versi biasa iaitu 528L berbanding 569L.

230616-audi-q8-etron-sportback-07-1024x768.jpg


Variasi yang lebih premium iaitu Q8 Sportback e-tron S line 55 quattro mempunyai motor yang lebih berkuasa. Ia memuntahkan 402hp dengan tork setinggi 664Nm. Pecutan abad kenderaan ini mengambil masa 5.6s, sedikit lebih pantas berbanding versi advanced 50 quattro. Kapasitinya baterinya juga lebih besar iaitu 114kWh yang diterjemah kepada jarak kembara 481km. Apabila perlu dicas, ia menyokong sistem pengecasan AC dan DC masing-masing pada paras 22kWh dan 170kWh.

230616-audi-q8-etron-sportback-08-1024x682.jpg


Q8 Sportback S line 55 quattro juga dilengkapi cermin sisi digital yang bermakna lokasi cermin pandang belakang digantikan dengan kamera yang akan memaparkan video pada tetingkap suku masing-masing di sebelah kiri dan kanan pemandu. Ciri Audi Phone Box juga ada untuk kemudahan pemandu.
 

Harga Audi Q8 e-tron & Audi Q8 Sportback e-tron

Semua Audi e-tron dilindungi jaminan 2 tahun tanpa had perbatuan. Sistem baterinya pula dilindungi jaminan 8 tahun ataupun 160,000km. Disamping itu, pembeli juga akan terima servis bantuan auto selama 5 tahun. Audi juga ada tawarkan Audi Assurance Package (AAP) yang memanjangkan jaminan kepada tambahan 3 tahun.

230616-audi-q8-etron-50-price-1024x576.jpg
230616-audi-q8-etron-55-price-1024x576.jpg
230616-audi-q8-etron-sportback-50-price-1024x576.jpg
230616-audi-q8-etron-sportback-55-price-1024x576.jpg


Berikut adalah senarai harga Audi e-tron yang telah dilancarkan:
  • RS e-tron GT – RM787,990
  • e-tron GT quattro (Dynamic Package) – RM661,990
  • e-tron GT quattro – RM587,990
  • Q8 e-tron Sportback S Line 55 quattro – RM484,990
  • Q8 e-tron Sportback Advance 50 quattro – RM389,990
  • Q8 e-tron S Line 55 quattro – RM474,990
  • Q8 e-tron Advance 50 quattro – RM389,990
 
Back
Top
Log in Register