BTC USD 62,806.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASB2 akan dilancarkan

Bila nk kuar details asb2 ni....
 
aku harap ASb2 nie boleh diuruskan mengikut acuan Islam nya.
benda baru set up, pasti boleh diuruskan dengan baik, tidak seperti asb 1, banyak khilafnya.
 
saya sokong asb 2 ni...tapi mcm pelik...kuota tak penuh lagi...ada lagi asb no 2?...lepas tu mesti ada produk perbankan Loan ASB2 jugak
 
mcm ni LASB 1 = RM200k, LASB 2 = RM200k , total RM400k, kaya ooooo
 
ASB2 memang disasarkan untuk golongan menengah. Maknanya peluang ke-2 untuk pelabur2 yang dah penuhkan ASB dan tujuan utama katanya untuk pelaburan di KLCI? Jangan pula dana ASB2 ni dikambing hitamkan untuk beli saham2 yang susut nilainya macam MAS tu pulak dah ler.
Pada aku pengurusan PNB sepatutnya mempertingkatkan penguasaan bumiputra dalam rantaian perniagaan supaya lebih ramai bumiputra menjadi pengeluar,pemborong dan peruncit.

Bukannya sekadar guna duit berbillion2 tu untuk beli saham2 dalam syarikat2 GLC yang dah memang established macam Maybank or Sime Darby sebaliknya take over syarikat2 pengeluar barang Hardware,produk pertanian & penternakan, perikanan etc. supaya bilamana kaum bumiputra nak berniaga diorang boleh dapatkan sumber dengan mudah, takderlah kena
main dengan supplier/pengeluar jer. Martabatkan usahawan Bumiputra supaya ada kilang sendiri
dan juga supermarket sendiri. Takderlah susah sangat peniaga2 kita nak cari supplier semuanya dari bangsa Asing, merdekakah kita?

Macam sekarang kita tengok ramai peniaga Bumiputra boleh jual Emas online sebab apa?
Sebab banyak syarikat2 pemborong Emas Bumiputra. Tapi dari situ berapa ramai pulak
yang mampu ada kedai Emas sendiri adalah persoalan lain, at least diorang dapat
berniaga. Macam mana dengan produk2 lain spt. Hardware, Aksesori kereta & spareparts,
kedai Tayar, Telekomunikasi etc.?
 
Last edited:
SHAH ALAM 14 Sept. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan dilancar Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan suntikan RM10 bilion unit saham. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dal...ion-unit-saham-akan-dilancarkan#ixzz2eq6z95gb
© Utusan Melayu (M) Bhd

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd (PNB) sedang meneliti struktur yang sesuai bagi penubuhan dana Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2), sama ada berharga tetap seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau berubah-ubah, dan dilancarkan dalam tempoh terdekat.

"Penelitian sedang kita buat sekarang untuk memastikan produk itu lebih berkesan, kerana mengikut kajian, kebanyakan produk-produk yang harganya berubah-ubah, kurang dijual," kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Tan Sri Hamad Kama Piah.

"Tetapi kalau harga tetap, banyak yang terjual. Jadi itu lah kita sedang teliti supaya produk yang akan dilancarkan nanti lebih berkesan," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham 1 Malaysia, di sini hari ini.

Diminta mengulas bila skim ini akan dilancarkan, Hamad Kama berkata: "Yang penting kita nak buat secepat mungkin.

"Kesesuaian waktu juga penting kerana sekiranya dana tersebut dilancarkan dalam suasana pasaran indeks yang terlalu tinggi, ia mungkin akan menjejaskan prestasi produk itu sendiri," katanya.

Selain itu, Hamad Kama berkata PNB juga sedang meneliti jenis-jenis pelaburan yang akan dijalankan, di samping mendapatkan kelulusan daripada pihak berwajib dan memastikan sistem komputer dapat berjalan lancar.

"Kita berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana masih lagi percaya dan memberi amanah kepada PNB untuk melancarkan satu lagi produk baharu yang saiznya berskala besar," kata Hamad Kama.

Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan PNB dipertanggungjawabkan untuk melancarkan ASB2 dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham, bagi memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat.

Hamad Kama juga berkata ASB sedia ada telah menjual sebanyak 110 bilion unit.

"Ini menggambarkan bahawa selama ini, ASB terutamanya, telah memberi pulangan yang agak kompetitif kepada para pelabur, dan memang ramai pelabur meminta kita tambahkan saiz daripada maksimum 200,000 unit kepada paras yang lebih tinggi.

"Ini menunjukkan mereka berminat untuk melabur dalam ASB," katanya.

ASB ialah skim unit amanah yang dilancarkan pada 2 Jan 1990 dan dibuka untuk Bumiputera, dengan objektif untuk menjana pulangan jangka panjang, konsisten dan kompetitif kepada pemegang unit, selain memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.

ASB juga ialah dana ekuiti pendapatan pada harga tetap seunit, RM1.00, dan pelaburan maksimum bagi setiap individu dewasa yang layak terhad kepada RM200,000.
- Bernama

ARTIKEL BERKAITAN
 
kenapa limit asb x naikan??.,... pelik.. sebalik ye di tubuhkan unit lain pulak. Dah boleh agak dividen dia. huhu
 
Back
Top
Log in Register