BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASB2 akan dilancarkan

Kalau berpegang pada fatwa kebangsaan takde masalah...

bg yg xde mslh mmg la xde mslh...yg aku higlight kenapa mesti melabur pd kaunter yg xpatuh syariah? so harap2 asb2 ni jaga bab2 muamalat ni...terang2 haram jgn dok pi labur la,kan byk lagi kaunter2 halal...adeh...fatwa kebangsaan ckp harus tu hanya bersandar hujah 'maslahat'. so tepuk dada tanya iman la...:)cgrock
 
ko faham tak ni thread apa? ni thread bgtau pelancaran asb2 akan dibuat xlama lagi,jd aku harap ianya patuh syariah 100%, jd apa mslh ko skrg aku pun xfhm... :))

Kalau pasal ASB2 kenapa pulak dok cerita pasal ASB1:eek:
 
bro..aku rasa bro ni dh terlalu taksub dengan perkara ni..
daripada bro dok nak pertahankan ketidakhalalan pelaburan ni..rasanya lebih baik bro cari perkara lain yang boleh membantu ekonomi umat islam dan mengelak umat islam ditindas kalau betul bro nak pertegakkan agama islam..jangan disebabkan sesetengah perkara yang kita rasa betul, kita lupa perkara lain yang lagi besar yang dituntut agama..

ni..aku amik dari majlis fatwa malaysia...

Islam sentiasa menggesa supaya dipertahankan lima perkara iaitu :
- Memelihara agama
- Memelihara nyawa atau jiwa raga
- Memelihara akal
- Memelihara zuriat keturunan, dan
- Memelihara harta benda

Kerana dengan terdirinya lima perkara ini menjadi tonggak kepada keteguhan kedudukan umat Islam serta kehidupan mereka yang layak sebagi satu umat. Sekiranya terjejas salah satu daripada lima perkara ini maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan kaum bangsa mereka khususnya kehidupan di dalam masyarakat majmuk yang mempunyai persaingan yang hebat di Malaysia ini iaitu 'Siapa cepat dia dapat, siapa kuat dia berkuasa'. Umat Islam perlu mempertahankan kehidupan mereka dalam dunai yang penuh dengan persaingan dan kemajuan supaya umat Islam menjadi suatu umat yang kuat dalam ekonomi dan pelajaran.


Para fuqaha telah menjelaskan mengenai hukum-hukum kira bicara (bermuamalah) dalam urusan kewangan yang bercampur halal haram :-

(1) Di dalam Kitab Al-Fatawa Kubra Fiqhiah LiIbnu Hajar Al-Haitami juzuk ketiga muka surat 372 ada menyebut :-
فمعتمد مذهبنا أن معاملة من اكثر امواله حرام مكروهة لا محرمة۔
Maksudnya : Dalam pendapat yang muktamad dari Mazhab kita bahawa berurusan dengan orang yang kebanyakan hartanya haram hukumnya makruh tidaklah haram.
(2) Di dalam Kitab Ihya' Ulumud Din
)(احياء علوم الدين للغزالى مع شرح اتحاف السادة المتقين )
Juzuk 6 halaman 41 Matbaah Darul Fikri, Beirut, Imam Al-Gahzali telah menyatakan :-

Maksudnya : Demikian lagi orang yang mengetahui bahawa harta-harta dalam dunia ini telah bercampur aduk dengan benda-benda yang memangnya haram tidaklah memestikannya meninggalkan membeli belah dan memakan makanan, kerana yang demikian itu menjadi kesukaran, padahal tiada dalam agama itu kesukaran. Dari itu diketahui manakala dicuri perisai dan dicuri iba"ah (sejenis baju labuh) oleh salah seorang pada zaman Rasulullah dahulu tidaklah tertegah seseorang itu dari membeli perisai dan iba"ah di dunia ini, begitulah juga keadaannya dengan barang-barang lain yang terdapat di antara barang-barang yang dicuri. Demikian lagi diketahui bahawa terdapat di kalangan manusia itu orang yang berurusan dengan riba dari dirham dan dinar, tetapi Rasulullah dan orang ramai tidak meninggalkan dirham dan dinar sama sekali. Ringkas kata hanya sanya dunia ini akan terhapus dari benda-benda haram jika sekiranya manusia di dalam dunia dijadikannya maksum. Perkara ini mustahil. Jika perkara seperti ini tidak dimestikan di dunia ini seluruhnya tidaklah dimestikan juga pada mana-mana negeri pun kecuali dalam keadaan di mana apa yang berlaku itu begitu terhad di kalangan sekumpulan kecil masyarakat.

(3) Pada halaman 42 kitab yang sama, Al-Imam Al-Ghazali menyatakan :-

Maksudnya : bahagian ketiga, bahawa percampuran benda yang haram tidak diketahui juga jumlahnya dengan yang halal yang tidak diketahui jumlahnya, seumpama hukum harta benda di zaman kiti ini. Hingga katanya : Dan menurut pendapat yang kami melihat iaitu tidaklah haram dengan sebab percampuran ini diambil sesuatu daripadanya yang mungkin ianya haram dan mungkin ianya halal, kecuali didapati bersama harta itu satu tanda yang menunjukan ianya dari harta yang haram. Sekiranya tidak didapati pada harta itu apa-apa tanda yang menunjukan ianya dari harta yang haram, maka meninggalkannya itu dianggap sebagai warak, manakala mengambilnya pula hukumnya halal yang tidak menjadikan penggunanya itu fasik.

Berdasarkan kepada nas-nas daripada fuqaha" Islam sebagaimana yang dipetik dan disenaraikan itu dan juga keadaan sosio ekonomi umat Islam di negara ini serta kaedah pelaburan dan institusi yang diamalkan oleh Amanah Saham Nasional/ Amanah Saham Bumiputra yang didapati tiada tempat yang nyata haramnya kecuali di dalam institusi kewangan yang dianggap ada syubahah di dalam Islam maka Jawatankuasa Fatwa berpendapat melabur di dalam Skim Amanah Saham Nasional / Amanah Saham Bumiputra adalah tidak haram.

institusi kewangan = riba =syubhah?

ikut bro la nak kata riba tu syubhah..:D

utk info,majlis fatwa kebangsaan hanya akan keluarkan fatwa yg menguntungkan kerajaan...cthnya fatwa forex...

forex haram kpd individu,

tp

forex tidak haram kpd bank?
 
bg yg xde mslh mmg la xde mslh...yg aku higlight kenapa mesti melabur pd kaunter yg xpatuh syariah? so harap2 asb2 ni jaga bab2 muamalat ni...terang2 haram jgn dok pi labur la,kan byk lagi kaunter2 halal...adeh...fatwa kebangsaan ckp harus tu hanya bersandar hujah 'maslahat'. so tepuk dada tanya iman la...:)cgrock

So hujah maslahat tak boleh pakai ke? Ke kurang iman kalau pakai hujah maslahat? Tak guna maslahat baru hebat iman? :-?
 
Kalau pasal ASB2 kenapa pulak dok cerita pasal ASB1:eek:

dah jelas2 asb1 labur di kaunter tidak patuh syariah,salah ke kita harap asb2 bersih dari pelaburan yg diharamkan islam? nama pun asb,mesti la ada sangkut paut...td yakin je semua mufti haruskan asb...skrg dah bg bukti pusing kelain plak...adalah lebih baik kita sama2 doa asb2 ni yg sdg kita ckp dlm thread ni adalah patuh syariah 100%...ke xperlu amik tau bab2 halal haram ni? :-?
 
So hujah maslahat tak boleh pakai ke? Ke kurang iman kalau pakai hujah maslahat? Tak guna maslahat baru hebat iman? :-?

kamu tau tak apa itu maslahat? apa kaitan dgn pelaburan? instrumen pelaburan? kalau xtau pi selak kat thread bincang pasal hukum sana,atau sila manfaatkan fungsi gugel utk mencari jwpnnya...jgn tunggu org suap je...:) so salah ke kalau kita harap asb2 ni 100% patuh syariah? :-?
 
kamu tau tak apa itu maslahat? apa kaitan dgn pelaburan? instrumen pelaburan? kalau xtau pi selak kat thread bincang pasal hukum sana,atau sila manfaatkan fungsi gugel utk mencari jwpnnya...jgn tunggu org suap je...:) so salah ke kalau kita harap asb2 ni 100% patuh syariah? :-?

selagi mufti cakap pelaburan asb dan seumpanya harus takde masalah untuk melabur dalam asb2. Majlis mufti pun dah cukup mahir untuk mengeluarkan fatwa. :)
 
Back
Top
Log in Register