BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASB2 akan dilancarkan

aku harap asb2 yg bakal dilancarkan patuh syariah 100%,tidak seperti asb sblm ni yg tidak patuh syariah, kamu ada mslh ke dgn patuh syariah? :-?

Aku rasa takde masalah pasal patuh ke tak patuh syariah...semua dah tau mufti cakap harus...so takde masalah lah....ada ke mufti cakap haram? :-?
 
tu dok tanya tue.. kena bg dokumen sokongan la.. setakat cakap 50% lebih x halal semua org boleh cakap.. kita semua nak tahu.. bro yang dh jumpa ni sila la tunjuk ajar

yg halal tu jelas...yg haram pun jelas juge... dokumen ape lg yg kamu nak sdgkan dh terang2 asb tu melabur lebih dari 37% dikaunter yg haram...tu yg disebutkan,yg xdisebutkan? tu yg aku kata ikut apa yg aku tau more than 50% is non syariah invesment...tp itu bkn soalnya...soalnya dah terang2 diorg declair asb melabur dikaunter yg tidak patuh syariah...jd 50% ke,70% ke,99% ke xkan ubah apa2...jd diharap asb2 yg bakal dilancarkan ni tidak mengikut jejak langkah asb sblm ni...moga2 100% patuh syariah...insyaAllah...:)paid
 
yg semak nya kalau xnak asb2 yg bakal dilancarkan ni ni jd halal 100% patuh syariah... ceramah apenya plak...ingt mengingati xsalah walau kat mana2 pun...kalau atas nama kebaikan,ulang sejuta kali pun xde mslh,yg jd mslh bila terasa kene kat batang hidung tu yg jd panas...aku bkn baik sgt,tp xsalah kot utk cuba jd lebih baik,dan lihat masyarakat jd lebih baik dgn memakan sumber yg halal...:">

Kalau ye pun bukan ke dah byk thread diskus pasal halal haram....better diskuss kat sana la bro....siap fatwa bagai semua ada kat sana...
 
yg halal tu jelas...yg haram pun jelas juge... dokumen ape lg yg kamu nak sdgkan dh terang2 asb tu melabur lebih dari 37% dikaunter yg haram...tu yg disebutkan,yg xdisebutkan? tu yg aku kata ikut apa yg aku tau more than 50% is non syariah invesment...tp itu bkn soalnya...soalnya dah terang2 diorg declair asb melabur dikaunter yg tidak patuh syariah...jd 50% ke,70% ke,99% ke xkan ubah apa2...jd diharap asb2 yg bakal dilancarkan ni tidak mengikut jejak langkah asb sblm ni...moga2 100% patuh syariah...insyaAllah...:)paid

Tak jadi masalah bro....mufti dah cakap harus...mufti pun bukan calang2 ilmunya...:-?
 
Aku rasa takde masalah pasal patuh ke tak patuh syariah...semua dah tau mufti cakap harus...so takde masalah lah....ada ke mufti cakap haram? :-?
Tak jadi masalah bro....mufti dah cakap harus...mufti pun bukan calang2 ilmunya...:-?


adoi...

ASB-haram.jpg
 
Hangpa xmau beli sudah.. Peluang dh ada, rebut je la..

Ni klu buka kat bangsa sepet ni, melopong bangsa lain.. Betul aku ckp..
 
Kalau ye pun bukan ke dah byk thread diskus pasal halal haram....better diskuss kat sana la bro....siap fatwa bagai semua ada kat sana...

ko faham tak ni thread apa? ni thread bgtau pelancaran asb2 akan dibuat xlama lagi,jd aku harap ianya patuh syariah 100%, jd apa mslh ko skrg aku pun xfhm... :))
 

bro..aku rasa bro ni dh terlalu taksub dengan perkara ni..
daripada bro dok nak pertahankan ketidakhalalan pelaburan ni..rasanya lebih baik bro cari perkara lain yang boleh membantu ekonomi umat islam dan mengelak umat islam ditindas kalau betul bro nak pertegakkan agama islam..jangan disebabkan sesetengah perkara yang kita rasa betul, kita lupa perkara lain yang lagi besar yang dituntut agama..

ni..aku amik dari majlis fatwa malaysia...

Islam sentiasa menggesa supaya dipertahankan lima perkara iaitu :
- Memelihara agama
- Memelihara nyawa atau jiwa raga
- Memelihara akal
- Memelihara zuriat keturunan, dan
- Memelihara harta benda

Kerana dengan terdirinya lima perkara ini menjadi tonggak kepada keteguhan kedudukan umat Islam serta kehidupan mereka yang layak sebagi satu umat. Sekiranya terjejas salah satu daripada lima perkara ini maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan kaum bangsa mereka khususnya kehidupan di dalam masyarakat majmuk yang mempunyai persaingan yang hebat di Malaysia ini iaitu 'Siapa cepat dia dapat, siapa kuat dia berkuasa'. Umat Islam perlu mempertahankan kehidupan mereka dalam dunai yang penuh dengan persaingan dan kemajuan supaya umat Islam menjadi suatu umat yang kuat dalam ekonomi dan pelajaran.


Para fuqaha telah menjelaskan mengenai hukum-hukum kira bicara (bermuamalah) dalam urusan kewangan yang bercampur halal haram :-

(1) Di dalam Kitab Al-Fatawa Kubra Fiqhiah LiIbnu Hajar Al-Haitami juzuk ketiga muka surat 372 ada menyebut :-
فمعتمد مذهبنا أن معاملة من اكثر امواله حرام مكروهة لا محرمة۔
Maksudnya : Dalam pendapat yang muktamad dari Mazhab kita bahawa berurusan dengan orang yang kebanyakan hartanya haram hukumnya makruh tidaklah haram.
(2) Di dalam Kitab Ihya' Ulumud Din
)(احياء علوم الدين للغزالى مع شرح اتحاف السادة المتقين )
Juzuk 6 halaman 41 Matbaah Darul Fikri, Beirut, Imam Al-Gahzali telah menyatakan :-

Maksudnya : Demikian lagi orang yang mengetahui bahawa harta-harta dalam dunia ini telah bercampur aduk dengan benda-benda yang memangnya haram tidaklah memestikannya meninggalkan membeli belah dan memakan makanan, kerana yang demikian itu menjadi kesukaran, padahal tiada dalam agama itu kesukaran. Dari itu diketahui manakala dicuri perisai dan dicuri iba"ah (sejenis baju labuh) oleh salah seorang pada zaman Rasulullah dahulu tidaklah tertegah seseorang itu dari membeli perisai dan iba"ah di dunia ini, begitulah juga keadaannya dengan barang-barang lain yang terdapat di antara barang-barang yang dicuri. Demikian lagi diketahui bahawa terdapat di kalangan manusia itu orang yang berurusan dengan riba dari dirham dan dinar, tetapi Rasulullah dan orang ramai tidak meninggalkan dirham dan dinar sama sekali. Ringkas kata hanya sanya dunia ini akan terhapus dari benda-benda haram jika sekiranya manusia di dalam dunia dijadikannya maksum. Perkara ini mustahil. Jika perkara seperti ini tidak dimestikan di dunia ini seluruhnya tidaklah dimestikan juga pada mana-mana negeri pun kecuali dalam keadaan di mana apa yang berlaku itu begitu terhad di kalangan sekumpulan kecil masyarakat.

(3) Pada halaman 42 kitab yang sama, Al-Imam Al-Ghazali menyatakan :-

Maksudnya : bahagian ketiga, bahawa percampuran benda yang haram tidak diketahui juga jumlahnya dengan yang halal yang tidak diketahui jumlahnya, seumpama hukum harta benda di zaman kiti ini. Hingga katanya : Dan menurut pendapat yang kami melihat iaitu tidaklah haram dengan sebab percampuran ini diambil sesuatu daripadanya yang mungkin ianya haram dan mungkin ianya halal, kecuali didapati bersama harta itu satu tanda yang menunjukan ianya dari harta yang haram. Sekiranya tidak didapati pada harta itu apa-apa tanda yang menunjukan ianya dari harta yang haram, maka meninggalkannya itu dianggap sebagai warak, manakala mengambilnya pula hukumnya halal yang tidak menjadikan penggunanya itu fasik.

Berdasarkan kepada nas-nas daripada fuqaha" Islam sebagaimana yang dipetik dan disenaraikan itu dan juga keadaan sosio ekonomi umat Islam di negara ini serta kaedah pelaburan dan institusi yang diamalkan oleh Amanah Saham Nasional/ Amanah Saham Bumiputra yang didapati tiada tempat yang nyata haramnya kecuali di dalam institusi kewangan yang dianggap ada syubahah di dalam Islam maka Jawatankuasa Fatwa berpendapat melabur di dalam Skim Amanah Saham Nasional / Amanah Saham Bumiputra adalah tidak haram.
 
Back
Top
Log in Register