BTC USD 83,335.8 Gold USD 4,179.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asal Usul Gambar Agung Pada Duit Malaysia

seether

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,415
Joined
Jul 30, 2010
Messages
28,415
Reaction score
6
Points
311
Mungkin masih ramai yang belum tahu dan mungkin dah tahu siapakah gambar Agung yang berada di dalam duit Malaysia serta dari mana asal usul gambar tersebut diambil.

Di sini saya nak kongsikan bersama anda asal usul gambar agung yang terdapat pada duit Malaysia.


IxGhV.jpg


Pada matawang Malaysia, tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama yaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad (Jangan dikelirukan dengan Tunku Abdul Rahman) dari Negeri Sembilan.


Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia.

Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.


8kxjz.jpg



Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18, orang Minang meminta izin ke Sultan Johor agar pemerintah melindungi mereka.

Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu.


BKi0a.jpg


Raja Pagaruyung menghantar anaknya, Raja Mahmud (Raja Melewar) sebagai raja di Negeri Sembilan yang pertama (bergelar yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).

Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada di mata wang Malaysia itu adalah keturunan ke lima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari Pagaruyung.


crsga.jpg


Di atas merupakan kisah di sebalik wajah Agung yang berada di matawang Malaysia.



Sumber : Wan Cikgu Muzik & Wiki


p/s : kalau dah ada please merge it mod.
 
sultan den! banggo raso eh muko beliau ado kek mano2 sekarang!
 
sultan den! banggo raso eh muko beliau ado kek mano2 sekarang!

mano pulak panggil sultan...ekau ni org nismilan ko apo ni..yamtuan kot yo pon...sobab apo namo yamtuan...sobab dio bukan ikut keturunan tapi dilantik oleh undang..itulah dio adat nismilan
 
nama jln TAR kat KL tu pun sempena nama dia..bukan tuanku abd.rahman putra..
 
gamabr tu astrok... statement belum astrok lagi...
 
Ini dia muka yg dipertuan agong pertama malaysia.
 
Back
Top
Log in Register