BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AS nafi dakwaan cuba tentukan kepimpinan politik Malaysia

afwan83

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,223
Reaction score
12
Points
25

AS nafi dakwaan cuba tentukan kepimpinan politik Malaysia​

472d73d1-9168-4fda-8aac-29a13037f1d6-kedutaan-AS-KL-resize-fbpic-060926.jpg

Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menafikan dakwaan itu dengan berkata ia tidak pernah berusaha menentukan siapa yang memimpin Malaysia. (Gambar Facebook)

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan AS, David H Gamble Jr, berkata AS tidak pernah berusaha untuk menentukan siapa yang memimpin Malaysia.

“AS tidak pernah berusaha untuk menentukan siapa yang menjadi pemimpin politik Malaysia.

“Sebarang dakwaan yang mengatakan sebaliknya adalah palsu,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau membuat penafian itu susulan dakwaan campur tangan AS dalam politik di Malaysia.

Terdahulu, Presiden PAS Hadi Awang dilaporkan mendakwa parti itu pernah ditawarkan pihak asing untuk menjatuhkan kerajaan.

Menurutnya, perkara itu berlaku ketika lawatan bekas presiden AS, Barack Obama ke Malaysia pada 2014, apabila beberapa pemimpin PAS dijemput bertemu di Kedutaan AS.

Beliau membuat dakwaan berkenaan ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-72 di Kota Bharu, semalam.

Hadi berkata, Takiyuddin Hassan dan Ahmad Samsuri Mokhtar yang merupakan setiausaha politiknya ketika itu pergi ke kedutaan berkenaan bagi mengadakan pertemuan.

Takiyuddin yang ditemui pemberita selepas muktamar mengesahkan perkara itu tetapi menjelaskan perbincangan tidak lebih daripada persoalan sama ada PAS mempunyai rancangan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), yang tidak dijawab oleh PAS.

Kedutaan AS sebelum ini turut menegaskan bahawa hubungan diplomatiknya dengan Malaysia terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
 
papanon skunk ni boneka usa dan NWO
 
Of course CIA deny
 
Menarik dgn penafian ini. Kita tgk siapa berbohong dalam isu ini.

Adakah KEDUTAAN AMERIKA yg diketuai oleh Nasoro yg sesat itu yg berbohong, atau seorang bertaraf wali mursyid bak kata Asri Daud, dgn segala muwasofat mukmin muttaqin iaitu Ayatullah Mullah TGHH yg tidak bercakap benar.
 
Menarik dgn penafian ini. Kita tgk siapa berbohong dalam isu ini.

Adakah KEDUTAAN AMERIKA yg diketuai oleh Nasoro yg sesat itu yg berbohong, atau seorang bertaraf wali mursyid bak kata Asri Daud, dgn segala muwasofat mukmin muttaqin iaitu Ayatullah Mullah TGHH yg tidak bercakap benar.
Orang melayu lebih percaya kata2 Ayoh Chik dari Amerika.
 
Back
Top
Log in Register