BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teo nafi dakwaan terkait kongsi gelap

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Teo nafi dakwaan terkait kongsi gelap​

c564a7c8-e165-4dfd-86b7-ac71f022d768-TEO-NIE-CHING-bernamapic-280826.jpg

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, fitnah terhadapnya yang tersebar tunjuk sesiapa sahaja boleh jadi mangsa penularan berita palsu dalam era digital. (Gambar Bernama)

Naib pengerusi kebangsaan DAP itu menegaskan dakwaan yang tersebar itu adalah palsu serta tidak berasas, dengan akaun-akaun media sosial baharu diwujudkan khusus untuk membuat tuduhan terhadap dirinya.

“Saya sudah berada dalam arena politik selama 18 tahun dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama 13 tahun. Mungkin ada ketika saya pernah bertemu seseorang sekali atau dua kali, atau mungkin ada gambar bersama atas kapasiti sosial yang biasa,” kata Ahli Parlimen Kulai itu selepas Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat di Hutan Bandar Putra, lapor Bernama.

“Namun, untuk mendakwa saya terlibat dalam aktiviti tersebut adalah satu tuduhan palsu kerana mereka hanya menunjukkan gambar saya dengan seseorang, sedangkan ia hanyalah aktiviti sosial biasa.”

Beliau berkata, polis Johor telah mengadakan sidang media berhubung perkara itu dan memaklumkan bahawa 13 suspek telah ditangkap, menambah beliau mengalu-alukan siasatan menyeluruh polis.

Semalam dilaporkan Adun Senai Wong Bor Yang membuat laporan polis di IPD Kulai berhubung hantaran berunsur fitnah dan tuduhan palsu mengaitkan Teo serta DAP dengan kumpulan kongsi gelap.

Teo yang juga pengerusi DAP Johor berkata, fitnah sedemikian menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penularan berita palsu dalam era digital.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai maklumat yang tersebar di media sosial tanpa membuat semakan terlebih dahulu.

Beliau sendiri telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta laporan polis, tambahnya.

“Bagaimanapun, cabaran utamanya ialah keputusan untuk menutup akaun atau memadam hantaran tersebut terpulang kepada pihak Meta sendiri dan tidak semua berita palsu dapat dipadamkan serta-merta,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register