afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,223
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,223
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
AS nafi dakwaan cuba tentukan kepimpinan politik Malaysia
Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menafikan dakwaan itu dengan berkata ia tidak pernah berusaha menentukan siapa yang memimpin Malaysia. (Gambar Facebook)
Kuasa Usaha Sementara Kedutaan AS, David H Gamble Jr, berkata AS tidak pernah berusaha untuk menentukan siapa yang memimpin Malaysia.
“AS tidak pernah berusaha untuk menentukan siapa yang menjadi pemimpin politik Malaysia.
“Sebarang dakwaan yang mengatakan sebaliknya adalah palsu,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Beliau membuat penafian itu susulan dakwaan campur tangan AS dalam politik di Malaysia.
Terdahulu, Presiden PAS Hadi Awang dilaporkan mendakwa parti itu pernah ditawarkan pihak asing untuk menjatuhkan kerajaan.
Menurutnya, perkara itu berlaku ketika lawatan bekas presiden AS, Barack Obama ke Malaysia pada 2014, apabila beberapa pemimpin PAS dijemput bertemu di Kedutaan AS.
Beliau membuat dakwaan berkenaan ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-72 di Kota Bharu, semalam.
Hadi berkata, Takiyuddin Hassan dan Ahmad Samsuri Mokhtar yang merupakan setiausaha politiknya ketika itu pergi ke kedutaan berkenaan bagi mengadakan pertemuan.
Takiyuddin yang ditemui pemberita selepas muktamar mengesahkan perkara itu tetapi menjelaskan perbincangan tidak lebih daripada persoalan sama ada PAS mempunyai rancangan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), yang tidak dijawab oleh PAS.
Kedutaan AS sebelum ini turut menegaskan bahawa hubungan diplomatiknya dengan Malaysia terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
