Makanan sunnah ialah makanan yang halal, yang dibeli menggunakan sumber yang halal. Yang dimakan secara tidak membazir. Yang dibaca Bismillah sebelum dimakan. Yang berhenti dimakan sebelum kenyang. Yang diucapkan Alhamdulillah selesai dimakan. Yang ada dalil-dalil yang menyuruh kita berbuat demikian.
Makanan sunnah bukan kurma, kismis, madu atau zam-zam sahaja. Islam tidak mendiskriminasi manusia dengan faktor geografi, iklim atau di benua mana kita dilahirkan. Tidak mungkin kelebihan hanya diberi kepada ummah Arab hanya kerana para rasul lahir di sana.