MUHMAMMAD IBN ABDUL WAHHAB : PEMBANGUN GERAKAN WAHHABI
(inilah dia punya otai..)
Pengenalan Biografinya...
Muhammad ibn Abdul Wahhab dilahirkan pada tahun 1115 Hijrah. Menurut pendapat yang lain, beliau dilahirkan pada tahun 1111 Hijrah di desa 'Ainiyyah, Najd. Beliau berasal dari golongan Bani Tamim dan meninggal dunia pada tahun 1206 Hijrah bersamaan 1787 Masihi ketika berusia 91 tahun.
Beliau mendapat pendidikan awal di Madinah. Ketika menuntut ilmu di Madinah, beliau berulang-alik di antara Madinah dan Mekah dari masa ke semasa untuk menimba ilmu daripada ulama' yang terdapat di sana.
Di antara gurunya ialah Syeikh Muhammad ibn Sulaiman al Kurdi al Syafi'i R.A dan Syeikh Muhammad Hayat al Sindi al Hanafi R.A. Kedua-dua gurunya ini dan ramai gurunya yang lain pernah berfirasat, bahawa Muhammad ibn Abdul Wahhab akan menjadi seorang mulhid dan terjerumus ke dalam lubuk kesesatan sebagaimana kata mereka, "Dia(Muhammad ibn Abdul Wahhab) akan menjadi sesat dan dengannya Allah Subhanahu wa taa'la akan menyesatkan orang-orang yang dikehendakiNya menjadi sesat dan celaka".
Perkara yang akan terjadi telah pun berlaku dan firasat mereka sememangnya benar. Melihat kepada latarbelakang keluarganya, tidak ada unsur-unsur pendorong yang menggalakkan beliau menjadi seorang yang sesat. Bapanya merupakan seorang ulama' yang soleh. Beliau sendiri pada awalnya, belajar dengan bapanya, Abdul Wahhab yang merupakan seorang ulama' Ahli Sunnah wal Jama'ah. Maka, memberikan nama Wahhabiah kepada gerakan Muhammad ibn Abdul Wahhab merupakan suatu kekeliruan, kerana Abdul Wahhab adalah nama bapanya seorang ulama' Ahli Sunnah, dan bukannya pengasas fahaman Wahhabiah.
Bertepatan dengan firasat guru-gurunya, bapanya juga pernah berfirasat bahawa anaknya, Muhammad ibn Abdul Wahhab akan menjadi seorang mulhid dan akan dicaci oleh orang ramai. Kita telah sedia maklum, di dalam hadith ada menyatakan:
"Takutilah kamu akan firasat orang-orang Mukmin,sesungguhnya mereka melihat dengan Nur Allah (pandangan mata hati)."
Malah, saudara kandungnya Sulaiman ibn Abdul Wahhab R.A, seorang ulama' Ahli Sunnah menolak perkara-perkara bid'ah, kesesatan dan penyelewengan aqidah yang dicipta oleh Muhammad ibn Abdul Wahhab. Sulaiman sendiri telah mengambil inisiatif mengarang sebuah kitab yang bertajuk al Sowa'iq al Ilahiyyah fir Raddi 'ala al Wahhabiyyah bagi menolak fahaman dan kesesatan yang dibawa oleh saudaranya.
Ketika remaja, Muhammad ibn Abdul Wahhab pernah pergi ke Mekah untuk menunaikan haji dan ke Madinah untuk menziarahi Maqam Rasulullah S.A.W. Setelah itu, beliau kembali semula ke Najd. Tidak berapa lama kemudian, beliau datang semula ke Mekah untuk melanjutkan pelajarannya dan terus menetap di Mekah dan Madinah. Ketika itulah, beliau mula berjinak-jinak dengan kitab-kitab Ibnu Taimiyyah hingga menyebabkan beliau terpengaruh dengan fahaman yang dibawa oleh Ibnu Taimiyyah.
Akhirnya, beliau berpegang dengan fahaman tersebut dan mengharamkan amalan tawassul, istighathah dan menziarahi maqam-maqam, sekalipun maqam Nabi-nabi dan orang-orang soleh. Beliau juga menyatakan bahawa Tuhan berada di atas, Tuhan bersila dan bermacam-macam lagi. Gerakan yang didirikannya itu, kononnya bertujuan untuk membasmi kesyirikan, bid'ah dan pemujaan yang merosakkan aqidah umat Islam, tetapi sebenarnya membawa kepada penyelewengan aqidah yang menyesatkan.
Sesungguhnya beliau menjadi pengikut setia Ibnu Taimiyyah yang begitu cekal membangunkan dan mempertahankan fahaman tersebut, namun dalam sesetengah keadaan, beliau menokok-tambah beberapa pegangan yang tidak dianuti oleh Ibnu Taimiyyah. Bahkan, kadangkala beliau bersikap lebih ta'asub (ekstrim) dan keras daripada gurunya itu.
Bekata Syeikh Sirajuddin Abbas: Menyorot kembali mengenai nama gerakan ini, berdasarkan kamu Munjid menyebut:
"Wahhabi merupakan sebahagian daripada Firqah Islamiah (kumpulan orang Islam) yang dibangunkan oleh Muhammad ibn Abdul Wahhab (1702-1787 Masihi). Pihak lawannya menamakan kelompok ini sebagai Wahhabi, manakala pengikutnya menamakan gerakan ini sebagai al Muwahhidun (golongan yang mentauhidkan Allah Subhanahu wa taa'la). Dalam bidang Feqah, gerakan ini berpegang dengan Mazhab Hanbali kerana disesuaikan dengan pentafsiran Ibnu Taimiyyah."
Tetapi, tidak semua kenyataan yang terdapat di dalam kamus Munjid adalah tepat kerana jika dilihat, ulama' Wahhabi tidak marah sekiranya mereka digelar sebagai Wahhabi, bahkan mereka sendiri menamakan kumpulan tersebut sebagai Wahhabi sebagaimana yang terdapat pada tajuk kitab mereka al Hadiyyah al Saniyyah wa Tuhfah al Wahhabiah al Najdiah yang dicetak oleg Percetakan Ummul Qura, Mekah pada tahun 1344 Hijrah.
Di Malaysia sendiri, gelaran Muwahhidun ini dilabelkan kepada golongan penyambung gerakan Muhammad ibn Abdul Wahhab. Kadangkala mereka menamakan gerakan tersebut sebagai Gerakan Salaf atau Mazhab Salafi. Apapun nama yang digunakan, ia tetap membawa dasar dan topik yang sama seperti permasalahan bid'ah, syirik, ayat mutasyabihat (ayat kesamaran yang memerlukan kepada penta'wilan) dan sebagainya. Oleh yang demikian, isu bid'ah-menbid'ah dan kafir-mengkafir menajdi satu isu yang hangat diperkatakan di tanah air kita. Malah di sudut yang lain dalam dunia Islam, isu ini mendatangkan implikasi terhadap perpecahan dan kehancuran kesatuan umat Islam sejagat.
Wallahua'lam..