BTC USD 83,657.5 Gold USD 4,154.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apakah itu WAHABI ???

wahabi lagi..

Wahhabi & Khilafah Uthmaniyyah

Fakta sejarah memberitahu bahawa gerakan Wahhabi sedikit sebanyak menjadi pemangkin kepada kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah. Hal ini tidak dapat dinafikan melainkan oleh orang yang buta sejarah atau sengaja membutakan biji matanya. "Jihad" yang dilancarkan oleh Ibnu 'Abdul Wahhab adalah perang terhadap sesama umat yang mengakui keesaan Allah dan kerasulan Junjungan Nabi s.a.w.
Alasan untuk "jihad" tersebut ialah kerana umat pada waktu itu sudah menyeleweng, sudah sesat, sudah menyembah kubur, ahli bid`ah dan lain-lain lagi tuduhan keji, singkatnya, aku pinjam kata-kata Buya Hamka dalam bukunya "Tasauf Perkembangan Dan Pemurniannya" : "Kerajaan Turki Utsmani pun pada pandangan Muhammad bin Abdil Wahhab telah tidak murni lagi. Besar pengaruh Thariqat Buktasyiah dengan tentera Inkisyariyah (Yanitzar). Pendeknya Islam telah gelap. Islam tidak asli lagi."
Begitulah sikap Ibnu Abdul Wahhab, dengan mudah sahaja menuduh muslim lagi sebagai tidak asli lagi, persis sikap dan pegangan puak Khawarij. Maka tidak pelik jika ulama kita menyatakan bahawa Gerakan Wahhabiyyah ialah kesinambungan dari puak Khawarij yang telah membunuh Sayyidina Ali r.a. atas alasan baginda telah menyeleweng.
Puak Wahhabi menobatkan Ibnu Abdul Wahhab sebagai mujahid, maka tidak hairan jika sekarang pentaksub Wahhabi sanggup membunuh orang awam atas nama jihad. Bahkan, mereka sanggup membunuh sesama Islam atas nama jihad. Jangan lupa pada pembunuhan Komander Ahmad Shah Masoud, singa Pansjer yang telah lama berjihad melawan Russia, dibunuh kerana menentang keganasan dan kefanatikan Taliban yang dipengaruhi Wahhabi. Ingatlah bahawa jihad Ibnu Abdul Wahhab dan keluarga Sa`ud serta pengikut mereka yang menamakan diri mereka sebagai Ikhwan hanya menumpahkan darah sesama Islam. Setitik darah kafir Inggeris pun tidak tumpah, selain darah orang yang sama-sama bersyahadah. Hamid Algar menulis dalam bukunya "Wahhabism: A Critical Essay" :
• Nor was the establishment of the Kingdom of Saudi Arabia a peaceful affair. The second Wahhabi - Saudi conquest of the peninsula came at the cost of some 400,000 killed and wounded. In cities such as Ta`if, Burayda and al-Huda, straightforward massacres were carried out by the Ikhwan. The governors of various provinces appointed by Ibnu Sa`ud are said to have carried out 40,000 public executions and 350,000 amputations in the course of subduing the peninsula.

Inikah jihad ???????
 
Last edited:
lagi-lagi wahabi

'Sir' Fahd - Penghargaan Inggeris.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui yang Kerajaan Arab Saudi berhutang budi dan "body" serta nyawa dengan Empayar British. Ini adalah kerana "berkat" kerjasama dan bantuan Britishlah, maka tertubuhnya Kerajaan Arab Saudi mengikut sunnah Great Britain bersendikan ajaran Wahhabiyyah. Pemimpin-pemimpin Saudi merupakan "loyal servants" bagi Empayar British, dahulu dan sehingga kini, dan kini ditambah pula jadi khadam Amerika dan sekutunya, Bahkan Raja Abdul Aziz menerima gaji bulanan berjumlah 5,000 paun sterling daripada British mulai tahun 1917. Selain daripada itu, Kerajaan British telah menganugerahkan "knighthood" kepada Raja Abdul Aziz, bahkan Raja Fahd pun dapat anugerah tersebut. Mungkin sebab "zuhud" kot, agaknya Raja Fahd tak guna gelaran "Sir" ataupun dia dok suka dengan gelaran "Jalaalatul Malik". Mende le Wahhabi ni, kita sebut Sayyidina untuk Junjungan Nabi s.a.w. dia murka, yang kome agungkan sangat Raja kome kami tak kata apa pun. Itu lagi besar punya bid`ah.
Walau apa pun Raja Fahd dah pergi menemui Penciptanya, tetapi kebenaran harus dan perlu diketahui ramai. Hensem tak Fahd dengan berkalungkan pingat salibiyyah di lehernya ? Apa pulak fatwa ulama Wahhabi gamaknya, kalau orang pakai azimat tentu mereka terus tuduh kafir dan syirik. Kalau pakai salib, nak kata apa ? Kalau tuan-tuan dan puan-puan nak tengok lagi gambar warna kesegakan Raja Fahd dengan pingat kebesarannya boleh carilah buku "Custodian of the Two Holy Mosques King Fahd bin Abdul Aziz", Guernsey, Channel Islands, 2001, p. 214, karya Dr. Fouad al-Farsy.

Berikut petikan dari buku Dr. Hamid Algar "Wahhabism: A Critical Essay", mukasurat 38 - 39:-
• The first contact was made in 1865, and British subsidies started to flow into the coffers of the Saudi family, in ever growing quantity as World War One grew closer. The relationship fully matured during that war. In 1915, the British signed with the Saudi Ruler of the day, 'Abd al-'Aziz b. Sa`ud (Ibn Sa`ud), one of those contracts with their underlings that were euphemistically known as "treaties of friendship and cooperation". Money was, of course, the principal lubricant of
 
tak abis2 wahabi

Penindasan Ulama di Haramain

Ikhwah, setelah penaklukan dan penjajahan puak Wahhabi terhadap Hejaz, ulama-ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah ditindas dan dinafikan hak mereka untuk mengajar dalam dua masjid yang mulia, Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi. Bahkan tidak sedikit ulama kita dihalau keluar dari Tanah Haram dan ramai pula yang melarikan diri kerana khuatir dibunuh seperti Syaikhul Islam Selangor Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani yang terpaksa menyingkir ke Singapura pada tahun 1924M. Antara yang ditegah mengajar di Masjidil Haram ialah Almarhum Buya Habib Muhammad bin Alawi bin 'Abbas bin 'Abdul 'Aziz al-Maaliki al-Hasani yang amat dimusuhi oleh puak Wahhabi yang dikepalai oleh Mufti Bin Baz. Berhubung dengan tegahan terhadap beliau, ianya bukanlah rahsia tetapi diketahui umum. Ulama al-Azhar telah menghantar "petisyen" untuk membolehkan beliau mengajar di Masjdil Haram, tetapi tidak dilayan oleh Wahhabi sebagaimana biasanya. Bahkan ada cobaan untuk menghalau beliau keluar dari Makkah tetapi gagal kerana tidak mendapat restu daripada Raja Fahd.
Antaranya lagi ialah Syaikh 'Abdur Rahman al-Juhani asy-Syafi`i, pengarang kitab "Qatf al-Thimar fi Ahkam al-Hajj wa al-I'timar" yang dihalang dari mengajar dalam Masjidin Nabawi yang mulia. Begitu juga yang berlaku kepada Syaikh 'Abdullah Sa`id al-Lahji asy-Syafi`i dan Syaikh Isma`il Utsman az-Zain asy-Syafi`i.
Begitulah "toleransi dan tasamuh" yang telah ditunjukkan puak Wahhabi kepada ulama-ulama kita. Aku teringat tahun 1986, kali pertama aku memijak kaki ke bumi Hejaz, aku dimaklumkan oleh saudaraku yang bermukim di sana dari keturunan Fathoni dan menjadi murid kepada Allahyarham Syaikh Sholeh anak Tok Kenali bahawa pernah Kerajaan Saudi menangkap beberapa ulama Fathoni untuk dihantar balik ke Siam demi bermuka-muka dengan Kerajaan Siam.
Puak-puak inikah yang kita hendak biarkan bertapak di bumi Malaysia tercinta ? Mereka ini seperti Syiah, lembut bila tak berkuasa, tetapi bila sudah berkuasa habis kita ditekannya. Sebelum apa yang berlaku di al-Haramain berlaku di sini, elok cegah sebelum parah. Bak kata Habib Abdullah al-Haddad, perumpamaan Rafidhah (baca Syiah, bukan Rafidah Aziz) dan Khawarij itu seperti taik unta dibelah dua, yakni dua-dua taik unta.
 
terima kasih maligun:"> :"> :">

ok.. sila2 sambung.....bagi kawan2 kita sedar...bahya depa nie...

kata dah kumpui peluru...:D


p/s: kita nyanyi dulu....
" Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
 
erkkkk dalam nyer kajian nie

tumpang lalu .............................................:(scam :)cgrock :)cgrock :)paid
 
Wahhabi Paksa Umat Islam Pakai Salib Kristian?



VIDEO BINBAZ DAN WAHHABI MEMPERSETUJUI SALIB KRISTIAN

Dalam video itu Abdul Aziz Bin Baz dan Wahhabi mengharuskan salib kristian. Selain Wahhabi bersama dengan Yahudi mereka turut berpegang dan menyebarkan akidah Krsitian iaitu Allah Duduk Atas Kerusi, juga disamping itu Wahhabi mengalakkan umat islam menerima simbul kristian iaitu salib Kristian kuffar.

Wahhabi dan Kristian mempunyai persamaan yang tepat dalam usul tauhid dan akidah iaitu berakidah Allah Penat Lalu Duduk Atas Kerusi.
MANAKAL AL-QURAN DAN HADIST NABAWI SYARIF YANG SOHIH TIDAK PERNAH MENYATAKAN ALLAH DUDUK.Wallaahi tidak pernah!

- Akidah ” Allah Duduk Atas Kerusi” Adalah Akidah Kristian Kafir :
Rujuk dalam website Kristian kafir : http://www.hesenthisword.com/lessons/lesson5.htm
lihat pada kenyataan Kristian:
عاشرا: ذكر عنه ما ورد عن الله في العهد القديم

Kristian kafir kata pada nom 7 :
“الله جالس على الكرسي العالي” (اش 6 :1-10) .
Kata kufur tersebut bermaksud :
"Allah Duduk Di atas Kursi Yang Tinggi”.

- Wahhabi tidak ketinggalan bersama-sama akidah Yahudi dan Kristian lantas Wahhabi berakidah yang sama sebijik seperti mereka. Lihat!.....:

Wahhabi Turut Membantu Menghidupkan Kekufuran Kristian Dengan Memalsukan Hadith Nabi :

DALAM KITAB WAHHABI BERJUDUL:
"FATHUL MAJID SYARH KITAB AT-TAUHID" KARANGAN ABDUR RAHMAN BIN HASAN AAL AS-SYEIKHDISOHIHKAN OLEH ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZCETAKAN PERTAMA TAHUN 1992 BERSAMAAN 1413MAKTABAH DARUL FAIHA DAN MAKTABAH DARUL SALAM.
Cetakan ini pada mukasurat 356 yg tertera kenyatan kufur yg didakwa oleh Wahhabi sebagai hadis ( pd hakikatnya bukan hadis Nabi ) adalah tertera dalam bahasa arabnya berbunyi:

"IZA JALASA AR-ROBBU ‘ALAL KURSI".

Perkara kufur ini bererti : ” Apabila Telah Duduk Tuhan Di Atas Kursi “.


* Akidah Kristian Kata ” Allah Duduk Atas Kerusi” ..Wahhabi Pun Kata "Allah Duduk Atas Kerusi".

TETAPI AL-QURAN DAN HADITH SOHIH TIDAK PERNAH MENYATAKAN SEDEMIKIAN!

Wallahi tidak pernah!

Maka jelas bahawa akidah kufur mereka ini adalah sama.
Saudaraku sekalian bangkitlah menetang golongan kuffar ini.
 
hmm...saya pernah membaca buku-buku mengenai fahaman Wahabbi nie (beberapa tahun yang lalu)

tak pernah plak saya jumpa isu-isu macam nie. adakah ini fahaman Wahabbi baru?
 
Back
Top
Log in Register