BTC USD 83,033.1 Gold USD 4,193.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apakah itu WAHABI ???

Biasanya bersandar kepada tokoh-tokoh seperti Syeikh al-Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’ dan lain-lain. Di negara ini biasanya mereka bersandar kepada Dr. Asri, Rasul Dahri, Maszlee Malik, Hafiz Firdaus, Maulana Asri, Azwira dan lain-lain.

aku takut ader terlepas pandang :))
 
Bila Mulut Cakap Ikut Nafsu

Arakian tersebutlah satu kisah disebuah negeri yang ma’ruf dengan nama Indera Kayangan bahwa para khatibnya telah berkhutbah mereka itu di atas mimbar-mimbar masjid pada hari Jum’at yang lalu, mengatakan bahwa amalan membaca doa akhir tahun dan awal tahun hijriah sebagai suatu amalan bid’ah kerana tidak pernah dibuat oleh Rasulllah صلى الله عليه وسلم.

Adapun pada fahaman mereka itu, tiada namanya bid’ah hasanah kerna bagi mereka setiap bid’ah itu dholalah dan setiap dholalah itu tempatnya di neraka. Maka berkata-katalah hati kecilku …. Biaq pi lah apa hampa nak kata. Hampa dengan fahaman hampa, aku dengan fahaman aku!

Kemudian terbaca aku di dalam laporan BERNAMA …. Begini tulisnya:

Perlis Sambut Maal Hijrah
Di PERLIS, mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 36, penasihat agama kerajaan negeri Perlis, Datuk Alim Panglima Mat Jahya Hussin, 65, dan Pengerusi Baitulmal Perlis, Datuk Abu Bakar Ahmad, 72, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Perlis. Masing-masing menerima RM5,000 dan sijil yang disampaikan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan 2020 di sini. – Bernama

Maka tercenganglah aku, tertanya-tanyalah aku …. Siapa agaknya tokoh ma’al hijrah di zaman Rasulllah صلى الله عليه وسلم? Siapa pula tokoh ma’al hijrah dizaman Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq رضي الله عنه? Siapakah gerangan tokoh ma’al hijrah di zaman Sayyidina Umar al-Faruq رضي الله عنه? Tidakkah perbuatan menobatkan tokah ma’al hijrah itu juga bid’ah? Atau bagaimana tafsiran mereka? Sungguh aku tidak faham! Sungguh aku tak faham! Bahkan setahu aku ….. Tahun Hijrah pun tak dak pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم dulu … bahkan kalau tidak silap perkiraan aku diperkenalkan ianya ketika zaman pemerintahan Sayyidina Umar. Lebih buat aku tak faham … yang membid’ahkan tu pun sambut ma’al hijrah bahkan dianugerahi tokoh ma’al hijrah lagiiii …. ishh.. ishh… ishh ….

Teringat aku akan sebuah kisah, di Saudi Arabia nama negerinya. Kisah seumpama juga berlaku. Pada ketika datangnya bulan Rabi’ul Awwal maka berkatalah mereka kepada pendududk disana, jangan kalian sambut maulidurrasul … bid’ah!…bid’ah! bid’ah! Tetapi ketika ulangtahun lahirnya panutan mereka, Muhammad Abdul Wahab maka disambutnya. Ulangtahun mereka menakluk bumi hijaz dan terbentuknya dinasti Suud disambutnya bahkan ulangtahun keputraan King Fahd, King Khalid .. disambutnya juga. Tidak bid’ah pula. ?????? Sungguh aku tidak faham! Sungguh aku tidak faham! Maka tahulah aku kini bahwa mereka yang kat Indera Kayangan tu sama manhajnya dengan yang satu iniiiii ……

Teringat kata orang tua-tua dulu kokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi … Entah boleh pakai ka tidak tak taulah kata-kata tu dengan kisah ditas tuuuu ….
 
aku rase tak perlulah kita bergaduh pasal2 bab2 khilaf,bab2 cabang2 ni...
baik tumpu kepada nak majukan ekonomi islam...nak jadikan umat islam kuasa dunia dlm sains,ketenteraan ekonomi..
dahla umat islam ni malaysia ni berpecah kerana politk ,PAS,UMNO,PKR..tak perlulah duk berpecah masalah cabang ni pulak...

biarlah Allah je yg tahu yg mana benar, aku pun tgk org2 wahabi ni pun smyg juga,syahadah sama juga,tak nampak kesesatan mcm syiah yg terus terang..takkanla kita di M'sia ni lebih warok daripada org arab saudi nun
 
Wahhabi

Saudara,
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak berqunut Subuh;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertahlil arwah;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak wirid berjemaah lepas sholat;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak membaca Yaasin malam Jumaat;
kita bermusuh denganWahhabi,
bukan kerana dia tak nak bermawlid;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertawassul;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertalqin;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak berlafaz niat "usholli";
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak Tarawih 20 rakaat;
kita bermusuh dengan Wahhabi bukan kerana dia Wahhabi;

TAPI;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi memusuhi kita;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita sesat;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita ahli bid`ah;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita khurafat;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita syirik;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita tak ikut Qur`an dan Sunnah;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi halalkan darah kita kerana kita sudah syirik;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi biadap dengan ulama-ulama kita;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi tak biarkan kita beramal dengan aman tanpa cemohan;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi tak biarkan kita beramal dengan aman;
WAHAI WAHHABI, LANA A'MAALUNA WA LAKUM A'MAALUKUM.
WAHAI WAHHABI, BAGI KAMI AMALAN KAMI DAN BAGI KAMU AMALAN KAMU.
 
aku rase tak perlulah kita bergaduh pasal2 bab2 khilaf,bab2 cabang2 ni...
baik tumpu kepada nak majukan ekonomi islam...nak jadikan umat islam kuasa dunia dlm sains,ketenteraan ekonomi..
dahla umat islam ni malaysia ni berpecah kerana politk ,PAS,UMNO,PKR..tak perlulah duk berpecah masalah cabang ni pulak...

biarlah Allah je yg tahu yg mana benar, aku pun tgk org2 wahabi ni pun smyg juga,syahadah sama juga,tak nampak kesesatan mcm syiah yg terus terang..takkanla kita di M'sia ni lebih warok daripada org arab saudi nun

elo brader....cabang aper ke kebende..kalo dah menyamakan Allah tu berjisim...menyamakan allah turun dari arasy..mcam ibnu taimiyyah turun dari mimbar...

cabang aper beb...


yg aku tau tanduk bercabang ader le...
 
Last edited:
aku rase tak perlulah kita bergaduh pasal2 bab2 khilaf,bab2 cabang2 ni...
baik tumpu kepada nak majukan ekonomi islam...nak jadikan umat islam kuasa dunia dlm sains,ketenteraan ekonomi..
dahla umat islam ni malaysia ni berpecah kerana politk ,PAS,UMNO,PKR..tak perlulah duk berpecah masalah cabang ni pulak...

biarlah Allah je yg tahu yg mana benar, aku pun tgk org2 wahabi ni pun smyg juga,syahadah sama juga,tak nampak kesesatan mcm syiah yg terus terang..takkanla kita di M'sia ni lebih warok daripada org arab saudi nun

aku nak komen sikit pasal ko kata tak payah tu.... di hari kebangkitan esok kita tak ditanyake kenapa kita kata takpayah sesibuk? atau kita dah ade jawapan yang kukuh ke bile di tanya? teringat aku cerita burung yang nak menyelamatkan nabi didalam api.... sanggup mengumpul air dalam paruh dan disimbahkan ke api tersebut walaupun tahu ia takkan padam.... cuma dibuat supaya tidak dipersoalkan dihari esok!!.... adakah kita lebih rendah imannya dari seekor burung?:-? #:-S
 
Syabas Tuan Syaqiq Bukak Topik Berguna Ni Dan Bagi Info Bagus
Tuan Maligun Pun Sama Bagi Info Berguna Korang Memang Ada Kelas..hehehe
Ana Pun Ada Pengalaman Jumpa Geng Pak Wahab(wahabi) N Co Nie.hehe
Dorang Ni Mc Xder Otak Pun Ada.menyempitkan Ilmu Kefahaman Islam Yg Amat Luas Tu.
Sapa Tau Pelopor Wahabi Kat Saudi Tu.citer Skit.heheh
 
MUHMAMMAD IBN ABDUL WAHHAB : PEMBANGUN GERAKAN WAHHABI
(inilah dia punya otai..)


Pengenalan Biografinya...

Muhammad ibn Abdul Wahhab dilahirkan pada tahun 1115 Hijrah. Menurut pendapat yang lain, beliau dilahirkan pada tahun 1111 Hijrah di desa 'Ainiyyah, Najd. Beliau berasal dari golongan Bani Tamim dan meninggal dunia pada tahun 1206 Hijrah bersamaan 1787 Masihi ketika berusia 91 tahun.

Beliau mendapat pendidikan awal di Madinah. Ketika menuntut ilmu di Madinah, beliau berulang-alik di antara Madinah dan Mekah dari masa ke semasa untuk menimba ilmu daripada ulama' yang terdapat di sana.

Di antara gurunya ialah Syeikh Muhammad ibn Sulaiman al Kurdi al Syafi'i R.A dan Syeikh Muhammad Hayat al Sindi al Hanafi R.A. Kedua-dua gurunya ini dan ramai gurunya yang lain pernah berfirasat, bahawa Muhammad ibn Abdul Wahhab akan menjadi seorang mulhid dan terjerumus ke dalam lubuk kesesatan sebagaimana kata mereka, "Dia(Muhammad ibn Abdul Wahhab) akan menjadi sesat dan dengannya Allah Subhanahu wa taa'la akan menyesatkan orang-orang yang dikehendakiNya menjadi sesat dan celaka".

Perkara yang akan terjadi telah pun berlaku dan firasat mereka sememangnya benar. Melihat kepada latarbelakang keluarganya, tidak ada unsur-unsur pendorong yang menggalakkan beliau menjadi seorang yang sesat. Bapanya merupakan seorang ulama' yang soleh. Beliau sendiri pada awalnya, belajar dengan bapanya, Abdul Wahhab yang merupakan seorang ulama' Ahli Sunnah wal Jama'ah. Maka, memberikan nama Wahhabiah kepada gerakan Muhammad ibn Abdul Wahhab merupakan suatu kekeliruan, kerana Abdul Wahhab adalah nama bapanya seorang ulama' Ahli Sunnah, dan bukannya pengasas fahaman Wahhabiah.

Bertepatan dengan firasat guru-gurunya, bapanya juga pernah berfirasat bahawa anaknya, Muhammad ibn Abdul Wahhab akan menjadi seorang mulhid dan akan dicaci oleh orang ramai. Kita telah sedia maklum, di dalam hadith ada menyatakan:

"Takutilah kamu akan firasat orang-orang Mukmin,sesungguhnya mereka melihat dengan Nur Allah (pandangan mata hati)."

Malah, saudara kandungnya Sulaiman ibn Abdul Wahhab R.A, seorang ulama' Ahli Sunnah menolak perkara-perkara bid'ah, kesesatan dan penyelewengan aqidah yang dicipta oleh Muhammad ibn Abdul Wahhab. Sulaiman sendiri telah mengambil inisiatif mengarang sebuah kitab yang bertajuk al Sowa'iq al Ilahiyyah fir Raddi 'ala al Wahhabiyyah bagi menolak fahaman dan kesesatan yang dibawa oleh saudaranya.

Ketika remaja, Muhammad ibn Abdul Wahhab pernah pergi ke Mekah untuk menunaikan haji dan ke Madinah untuk menziarahi Maqam Rasulullah S.A.W. Setelah itu, beliau kembali semula ke Najd. Tidak berapa lama kemudian, beliau datang semula ke Mekah untuk melanjutkan pelajarannya dan terus menetap di Mekah dan Madinah. Ketika itulah, beliau mula berjinak-jinak dengan kitab-kitab Ibnu Taimiyyah hingga menyebabkan beliau terpengaruh dengan fahaman yang dibawa oleh Ibnu Taimiyyah.

Akhirnya, beliau berpegang dengan fahaman tersebut dan mengharamkan amalan tawassul, istighathah dan menziarahi maqam-maqam, sekalipun maqam Nabi-nabi dan orang-orang soleh. Beliau juga menyatakan bahawa Tuhan berada di atas, Tuhan bersila dan bermacam-macam lagi. Gerakan yang didirikannya itu, kononnya bertujuan untuk membasmi kesyirikan, bid'ah dan pemujaan yang merosakkan aqidah umat Islam, tetapi sebenarnya membawa kepada penyelewengan aqidah yang menyesatkan.

Sesungguhnya beliau menjadi pengikut setia Ibnu Taimiyyah yang begitu cekal membangunkan dan mempertahankan fahaman tersebut, namun dalam sesetengah keadaan, beliau menokok-tambah beberapa pegangan yang tidak dianuti oleh Ibnu Taimiyyah. Bahkan, kadangkala beliau bersikap lebih ta'asub (ekstrim) dan keras daripada gurunya itu.

Bekata Syeikh Sirajuddin Abbas: Menyorot kembali mengenai nama gerakan ini, berdasarkan kamu Munjid menyebut:

"Wahhabi merupakan sebahagian daripada Firqah Islamiah (kumpulan orang Islam) yang dibangunkan oleh Muhammad ibn Abdul Wahhab (1702-1787 Masihi). Pihak lawannya menamakan kelompok ini sebagai Wahhabi, manakala pengikutnya menamakan gerakan ini sebagai al Muwahhidun (golongan yang mentauhidkan Allah Subhanahu wa taa'la). Dalam bidang Feqah, gerakan ini berpegang dengan Mazhab Hanbali kerana disesuaikan dengan pentafsiran Ibnu Taimiyyah."

Tetapi, tidak semua kenyataan yang terdapat di dalam kamus Munjid adalah tepat kerana jika dilihat, ulama' Wahhabi tidak marah sekiranya mereka digelar sebagai Wahhabi, bahkan mereka sendiri menamakan kumpulan tersebut sebagai Wahhabi sebagaimana yang terdapat pada tajuk kitab mereka al Hadiyyah al Saniyyah wa Tuhfah al Wahhabiah al Najdiah yang dicetak oleg Percetakan Ummul Qura, Mekah pada tahun 1344 Hijrah.

Di Malaysia sendiri, gelaran Muwahhidun ini dilabelkan kepada golongan penyambung gerakan Muhammad ibn Abdul Wahhab. Kadangkala mereka menamakan gerakan tersebut sebagai Gerakan Salaf atau Mazhab Salafi. Apapun nama yang digunakan, ia tetap membawa dasar dan topik yang sama seperti permasalahan bid'ah, syirik, ayat mutasyabihat (ayat kesamaran yang memerlukan kepada penta'wilan) dan sebagainya. Oleh yang demikian, isu bid'ah-menbid'ah dan kafir-mengkafir menajdi satu isu yang hangat diperkatakan di tanah air kita. Malah di sudut yang lain dalam dunia Islam, isu ini mendatangkan implikasi terhadap perpecahan dan kehancuran kesatuan umat Islam sejagat.

Wallahua'lam..
 
Back
Top
Log in Register