BTC USD 86,159.2 Gold USD 4,319.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa Dah Jadi Dengan Bangsa MELAYU?

maaf mencelah sebenarnya kes penjualan baja ni ada macam macam sebab antara sebab utama ialah kerana baja yang pihak kerajaan berikan itu tidak berkualiti

kalau digunakan pun tidak memberi kesan yang lebih baik kepada tanaman

mengapa saya cakap begini sebab saya memiliki sawah padi

sekitar tahun 1990 kerajaan telah memberikan baja urea yang berbentuk habuk kayu

baja tersebut langsung tidak sesuai untuk digunakan disawah padi

ini kerana baja ini adalah amat mudah ditiup angin membuatkan baja yang ditabur tidak dapat kepada sawah yang diletakkan baja tersebut

dan oleh sebab itu para pesawah terpaksa menjual baja tersebut dan membeli baja urea berbentuk biji kecil berwarna putih

namun demikian selepas kerajaan menggantikan kepada baja urea berbentuk biji kecil bukan dijual tak cukup lagi ada untuk diletakkan pada tanaman.

oo..tapi memang cerita pasal baja tak berkualiti tuh pernah dengar..:D..senang cerita..kalu kat atas bapak scam..yang bawah2 nih ikut jer..kan?
 
ini aku setuju benar. Orang melayu islam bercakap tentang politik Islam berdegar2. Jihad katanya. Tp malangnya jihad ekonomi xda. Tak rasa malukah kita tak tolong islam dalam ekonomi.

Oleh itu, aku menyeru kpada umat Islam, marilah beli barangan buatan Islam, beli di kedai orang Islam. Kita ada mydin walaupun bukan meelayu tapi dia islam. Jangan curiga dengan bangsa sendiri. Selagi kita x berubah selagi itulah kita menyalak dan merempat di negara tanahair sendiri.

saya pernah utarakan pandangan mcm ni tetapi ada seorang hamba Allah itu mengkondemn sy kembali dgn kenyataan "asyik sebut pasal ekonomi, asyik sebut psl ekonomi.. dunia dunia duniaaa saja."...


what should i say then?

salahkan nak umat islam maju dalam ekonomi?

dah mmg pemegang ekonomi yg terbukti berkuasa..
 
Saya dah jelak tengok perangai melayu yang nun kat atas sanun. Yang hang semua dok pilih tu le!
 
sy melayu yg malu mengaku sebagai melayu... tp saya adalah seorg islam.. Malayu membuatkan diri manusia rasa lemah.. kerana tidak ramai melayu yg berjaya dari hasil usaha sendiri.. melayu adalah bangsa yg perlukan bantu(subsidi, kroni, bantuan UMNO) ... ini terbukti dalam sejarah kemelayuan itu sendiri...
 
oo..tapi memang cerita pasal baja tak berkualiti tuh pernah dengar..:D..senang cerita..kalu kat atas bapak scam..yang bawah2 nih ikut jer..kan?

inilah masalah bagi kami kot mereka nak makan ker nak scam ker janganlah sampai menyusahkan rakyat semua sebagai contoh baru baru ni sekitar tahun lepas kerajaan telah memberikan bantuan racun

kerajaan telah mengamanahkan kepada syarikat sebuah syarikat swasta untuk mengedar racun ini

bantuan racun ini adalah bentuk per hektar ternyata jika dinilai dalam bentuk duit bantuan racun itu adalah dikira sudah memadai untuk kegunaan para pesawah

namun demikian akibat sikap sebahagian orang atas yang nak ambik untung racun yang diedarkan kepada kami adalah racun yang kurang berkualiti . akhirnya kami terpaksa membeli racun tambahan sendiri . hal ini melibatkan kos

seperti contoh baru baru ni bendang yang saya miliki hanya menghasilkan hasil tuaian tak sampai 3 tan sahaja

berbanding sebelum ini yang menghasilkan lebih 7 tan faktor utama nya ialah benih yang dibekalkan tidak berkualiti mengakibatkan banyak padi angin terhasil. benih ni lagi satu bentuk scam oleh segelintir orang kepada petani yang mana masalah ini dah berlarutan sekian lama

cubalah fikir kalau orang tu ada anak 6 orang dengan hasil padi 3 tan dimana setan berharga hanya rm1300

jumlah bersih yang ia dapat selepas ditolak zakat dan lain lain mungkin lebih kurang rm2000.bagaimana mereka nak terus melalui setengah tahun ini dengan duit sebanyak itu dalam masa setengah tahun mendatang.purata tak sampai rm400 sebulan.

sebenarnya banyak lagi bentuk scam yang terjadi kepada petani akibat sikap orang melayu yang suka makan orang melayu. kalau mcm ni lah sikap orang melayu saya tak heran kalau orang melayu terus melarat dibumi melayu
 
saya pernah utarakan pandangan mcm ni tetapi ada seorang hamba Allah itu mengkondemn sy kembali dgn kenyataan "asyik sebut pasal ekonomi, asyik sebut psl ekonomi.. dunia dunia duniaaa saja."...


what should i say then?

salahkan nak umat islam maju dalam ekonomi?

dah mmg pemegang ekonomi yg terbukti berkuasa..

tuhan menjadikan apa dilangit dan dibumi dan apa didalam bumi sekalipun untuk memudahkan kita mengabdi diri kepada Nya jua

sebagai contoh dalam bumi di jadikan pertoleum yang akhirnya jadi minyak boleh diisi kedalam kereta dan dapat kita bergerak diatas muka bumi dengan pantas. bukankah itu dijadikan untuk memudahkan kita pergi ke satu tempat lebih jauh lagi untuk mencari nafkah dan melakukan amal ibadah kepada Nya jua

segala puji kepada tuhan yang menjadikan itu kepada kita dan maha suci tuhan yang tidak menjadikan perkara itu sia sia

tapi yang jadi masalah besar apabila manusia menzalimi kurniaan tuhan semua yang dikurniakan kepada manusia digunakan untuk selain dari jalan tuhan

saya benar benar tidak setuju mereka yang menolak dunia ini sedangkan sepatutnya kita ikut sunnah yang tuhan telah tetapkan jadikan dunia sebagai jambatan keakhirat

ingatlah dunia bagi orang munafik itu digunakan untuk bermegah megah untuk mereka yang kafir untuk sukaria berbanding untuk orang mukmin digunakan untuk memudahkan menuju akhirat

fikir fikirlah kita dalam golongan mana
 
sy melayu yg malu mengaku sebagai melayu... tp saya adalah seorg islam.. Malayu membuatkan diri manusia rasa lemah.. kerana tidak ramai melayu yg berjaya dari hasil usaha sendiri.. melayu adalah bangsa yg perlukan bantu(subsidi, kroni, bantuan UMNO) ... ini terbukti dalam sejarah kemelayuan itu sendiri...

bagi sayalah dalam bab subsidi ni lihat juga sebagai contoh kita tak boleh bandingkan petani jepun dengan petani malaysia

sebagai contoh dalam penanaman padi. beras yang orang jepun makan takder subsidi

beras yang kita makan ada subsidi khusus dan ada kawalan harga kalau kerajaan tidak menyuntik subsidi kepada para petani sedangkan dalam satu masa kerajaan buat sistem kawalan harga hal ini benar benar menyusahkan petani.

tapi jika kerajaan tak buat sistem kawalan harga dan tidak memberikan subsidi kepada para petani pula rakyat terpaksa membeli beras dengan harga yang amat mahal.

kesimpulannya untuk menyelesaikan masalah ini kita tidak boleh mengamalkan sistem ekonomi kapitalis yang berlandaskan kepada permintaan dna penawaran sebaliknya kita perlu kaji balik sistem ekonomi islam dan mengamalkan sistem ekonomi islam

kesimpulannya kita perlu kembali dan menerima islam bukan sahaja sebagai agama yang perlu kita buat sehari semalam lima kali bahkan kita semua perlu menerima islama sepenuhnya sebagai satu cara hidup kita

sistem ekonomi islam paling berjaya ketika zaman khalifah umar bin abdul aziz dimana harta zakat terpaksa diletakkan ditepi sungai dan orang awam berhak mengambilnya jika merasakan diri mereka berkelayakan

tapi kita sendiri tak pernah yakin untuk menerima islam sebagai satu cara hidup
 
yang konon muslim non-melayu tu, berforumlah dalam bahasa arab.

komen-komen pun tak jelas.

sekadar syok sendiri.

di Malaysia ni, aku rasa miskin atau kaya, apa bangsa sekalipun, bila harga minyak naik mereka juga akan mengeluh. baik sebagai kelas pekerja, atau pun sebagai kelas pemodal.

subsidi bukan perkara kecil.

kita boleh keluar UMNO masuk PKR, keluar PKR masuk PAS.

orang Islam boleh murtad, orang Kristian boleh masuk Islam.

Kalau dah Melayu, Melayulah kau sampai mampus.

Waktu debat PPSMI, tak kurang yang keji bahasa sendiri.

Kali ni ramai pula yang menghina bangsa sendiri.

Kalau benci sangat kat Melayu, mari sini, aku tampar-tamparkan muka melayu kau. Tak suka Melayu kan?
 
Back
Top
Log in Register