ini aku setuju benar. Orang melayu islam bercakap tentang politik Islam berdegar2. Jihad katanya. Tp malangnya jihad ekonomi xda. Tak rasa malukah kita tak tolong islam dalam ekonomi.
Oleh itu, aku menyeru kpada umat Islam, marilah beli barangan buatan Islam, beli di kedai orang Islam. Kita ada mydin walaupun bukan meelayu tapi dia islam. Jangan curiga dengan bangsa sendiri. Selagi kita x berubah selagi itulah kita menyalak dan merempat di negara tanahair sendiri.
bila sebut bab mcm ni saya teringat berkenaan fardhu kifayah dalam islam
sebagai contoh seorang islam membuka kedai runcit. samada kita sedar atau tak dia telah melepaskan kewajiban fardhu kifayah kepada seluruh penduduk dikawasan tersebut.senang cakap satu buat yang lain tak payah
namun demikian sejauh mana kita menyokong usaha beliau yang telah melepaskan kewajiban itu pada diri kita. adakah kita membeli dari kedai tersebut.
apa yang kita perhatikan selalunya sebab kedai tersebut melebihkan harga satu barang sebanyak 10sen kita terus tidak masuk kedai tersebut dan kedai non muslim menjadi pilihan kita. ini adalah realiti kita orang melayu islam di malaysia.
sedangkan sedarkah kita bahawa saudara kita itu sedang melakukan yang seringkali kita lupa. antaranya:
1-saudara kita sedang melepaskan kewajiban fardhu kifayah keatas kita dan penduduk dikawasan kita dan hal ini membuat kan kita dan penduduk sekitar lepas dari dosa dengan terbinanya kedai oleh saudara kita itu sebab perkara ini melibatkan fardhu kifayah
2-saudara kita sedang berusaha mencari rezeki untuk diberikan kepada ahli keluarganya sepatutnya kita membelanjakan duit dikedai tersebut dan duit tersebut insyaallah akan digunakan sebagai nafkah yang halal kepada keluarganya
3-saudara kita akan membayar zakat setiap tahun dan duit zakat itu akan digunakan untuk kepentingan umat islam
4-...........dan lain lain
jika kita beli dari kedai non muslim mungkin dengan harga barang yang murah adakah kita akan dapat 3 atau lebih perkara diatas
dalam hal ini ternyata banyak yang tersirat dalam sesuatu hukum islam yang sepatutnya kita fikirkan bukan sahaja dalam hal hukum hakam malah dalam hal ekonomi pun wujud hikmah yang patut kita kaji
kesimpulannya jika nak meningkatkan taraf ekonomi bukan sahaja orang melayu islam malah orang islam kita perlu sama sama kembali kepada ajaran islam yang sebenarnya.
sejarah sudah membuktikan abdul rahman bin auf seorang sahabat nabi dengan ketaqwaan nya telah berjaya memecahkan monopoli biz orang yahudi di madinah
tapi maaf cakap kerajaan walau sudah 50 tahun memerintah gagal utnuk memecahkan monopoli bangsa asing keataas ekonomi malaysia
bukan kah ini menunjukkan hanya dengan kembali kepada islam sahaja kita akan dapat memartabatkan diri kita dari semua segi