Apa Dah Jadi Dengan Bangsa MELAYU?

CG Sponsors




lunassp

Active Member
Joined
Jan 16, 2010
Messages
1,396
Reaction score
28
Points
30
Agenda politik yang tiada penghujungnya,harga barang naik,melayu sama melayu bergaduh,pukau sana sini,bunuh sana sini,rasuah sana sini,dan macam-macam lagi la isu yang terjadi dekat bangsa melayu kita sekarang ni!

Aku sebagai orang melayu + islam bukan nak salahkan bangsa kita,tetapi bila difikirkan balik memang orang melayu kita dah makin mundur dizaman pemerintahan 1 Malaysia!(tak ada niat nak perli pemimpin kita )

Kita makin tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan. Jika barang mewah atau barang kurang perlu naik harga tak lah kita kisah sangat. Tetapi barang makanan semakin naik harga. Gula, tepung dan beras yang terkawal harganya naik sedikit demi sedikit. Caj perkhidmatan seperti tol , pengangkutan dan lain-lain juga turut naik. Bank juga semakin tidak bertimbang rasa. Kalau dulu kereta cuma akan ditarik selepas 4 atau 6 bulan kini 3 bulan sudah kita terima akibatnya. Pinjaman juga semakin susah untuk diperolehi. Peniaga makin kekurangan modal lalu pelanggan menerima akibatnya.

Oleh Melayu kini tidak lagi mudah untuk berurusan dengan bangsa-bangsa pendapatan. Orang Cina sudah tidak lagi berminat untuk sewakan premis mereka kepada orang Melayu. Bagi peniaga pula sangatlah susah untuk mendapat kredit jangkapanjang dari pembekal barangan dagangan dari bangsa asing. Orang Melayu sudah dikategorikan sebagai bangsa yang tercorot dalam carta golongan yang boleh diberi kemudahan untuk perniagaan.

Pekerja menerima upah yang rendah berbanding dengan perbelanjaan bagi menguruskan kehidupan. Gaji 2 ribu sebulan sudah tak ada nilainya lagi. Kakitangan kerajaan yang sebelum ini boleh dikatakan sebagai pekerja yang selesa dari segi upah dan gaji kita hanya cukup makan. Akibatnya rasuah berleluasa. Nak minta borang pun kadang kadang kena ada under table, belum lagi memohon kelulusan.

Orang Melayu hanya nampak bergaya dari segi kulit luaran. Mereka sebenarnya hidup atas belas ehsan bangsa pendatang. Jika makan gaji hanya cukup makan. Nak berniaga mana nak dapatkan modal ? . Nak harapkan kementerian pembangunan usahawan sudah pun kena pancung. Nak harapkan Tekun, mereka pun sudah kering tabung. Nak harapkan MARA entah bila wang akan turun. Nak harapkan SMIDEC , setelah diitukarkan nama kepada SMICorp hala tujunya bukan lagi untuk bantu orang Melayu.

Makin tertekan hidup rakyat Melayu ditanah tumpah darah mereka sendiri. Bangsa asing kini menguasai semua sektor ekonomi. Harga barang dan perkhidmatan bukan lagi ditentukan oleh kerajaan tetapi dikawal oleh pedagang-pedagang bangsa asing yang dulu hanya menumpang mencari rezeki ditempat kita.

Dimana orang Melayu selepas ini ? Bergerai dipinggir-pinggi jalan. Menjual nasi lemak dan goreng pisang. Perniagaan apa orang Melayu selepas ini ? MLM dan direct selling dan bergantung pada logo halal dan kesucian barangan buatan muslim. Mengharap tender-tender kerajaan yang semakin hari semakin kurang. Berebut satu tender hingga 200 ke 300 syarikat mengambil bahagian. Setelah dapat , jika ada modal memang tak mencukupi. Pergi ke bank untuk ambil pinjaman, macam-macam alasan dan syarat dikenakan hingga terpaksa meminta dan merayu macam pengemis. Selepas beberapa ketika pinjaman tak diluluskan. Akhirnya menggadai projek kepada syarikat bangsa asing. Jadi apa dengan syarikat Melayu bumiputera itu ? Sekadar dapat menambah senarai pengalaman menjalankan projek didalam profail. Pengarah dapat sedikit habuan dari jualan projek, kakitangan semakin dikurangkan kerana mereka tidak lagi diperlukan.

Kemana kita selepas ini ? Terus mengemis di tanah air sendiri ? Wang kita sudah terkumpul sepenuhnya ditangan bangsa yang dulunya menumpang disebelah rumah kita. Melayu nak buat apa sekarang ? Berdebat di stadium, berebut jawatan. Bercakap degar-degar di TV di radio. Berhujah tentang ketuanan Melayu . Tuan apa bendanya ? Tuan kepada orang Melayu sendiri ? Tapi tanah air sendiri bertukar tangan. Tuan kita bukanlah lagi orang kita.

Jika berhujah mengenai agama seolah-olah kita adalah paling Islam dari orang Islam yang lain. Golongan itu tak betul golongan ini tak betul. Fahaman itu tak betul, fahaman ini tak betul. Tercapailah hasrat para kapitalis untuk meletakkan orang Islam didalam kelompok mereka sesama Islam untuk berdebat dan berhujah mengenai agama mereka. Soal ekonomi dan sosial dilepas pandang. Akhirnya orang Melayu Islam terperosok dalam surau dan masjid, terus menerus berdebat mengenai fahaman dan amalan.

Selepas penat berdebat dan berhujah keluarlah beramai-ramai menjamu selera di kedai India. Sebelum balik kerumah singgah membeli barangan keperluan keluarga di kedai Cina.

Nak kemana kita selepas ini ? Dimana nak letakkan anak cucu kita selepas ini ?
 
Last edited by a moderator:
Sponsored Post

AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,629
Reaction score
258
Points
91
Ni yang melayu suka.....

bubuh orang
rompak/mencuri
rempit
amuk
dengki
dendam
rogol
sumbang mahram
ajaran sesat
mencaci
memfitnah
makan free
berfoya2


tapi tak semua la.....
 

silverchair959

Legendary Member
Joined
Dec 21, 2005
Messages
17,628
Reaction score
81
Points
125
betul tuh...negara sendiri tapi ekonomi dkuasai oleh yang bukan dari negara sendiri...
 

jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
919
Points
161
Bila nak fikirkan masalah Melayu saya nampak lambang keris ... Bila nak fikirkan masalah Islam saya nampak bulan ... antara keris dan bulan mana patut saya pilih yer :D

Dilema Org Melayu

Dipilih oleh org Melayu utk memegang kuasa ... tetapi bila berkuasa asyik menekan bangsa sendiri... bab rampas tanah melayu cukup pandai tapi nak tampas tanah bangsa lain... takut dan menikus

Dipilih oleh Kerajaan untuk memegang kuasa di Jabatan Kerajaan .. tapi asik menolong bangsa lain sebab RASUAH...

Diberi pilihan untuk mengundi dan menentukan org yang beriman dan berpedidikan memegang kuasa... tapi maruah terlalu murah... beri RM 50 dan sehelai kain.. maka pangkah lah org yang x beriman dan x bijaksana utk memegang kuasa...
 

budakpandai

Active Member
Joined
Mar 9, 2009
Messages
1,918
Reaction score
0
Points
20
hmmmmmm....jomlah kita berubah...sape taknak berubah, biarkan...
 

uckiller

Active Member
Joined
Feb 20, 2008
Messages
1,055
Reaction score
30
Points
40
hm...setuju sangat dgn TT....we have nothing actuallyy...ketamakan org lain...ketidak cekapan pemimpin menjurumus org kita ke arh lembah yang dlm...kdg2 kita semua sedar...we fight back tp environment da mcm ni...semua mencantas....kita kena bersatu balik...
 

ulam

CG Top Poster Club
Joined
Apr 30, 2008
Messages
22,373
Reaction score
59
Points
120
Insyallah bila kita semua pilih ISLAM sebagai panduan hidup..
 

AkuMamak

Active Member
Joined
Nov 9, 2008
Messages
1,448
Reaction score
794
Points
71
Apa yang berlaku kepada Bangsa Melayu sekarang kena tanya dengan Pemimpin2 Melayu yang diangkat untuk memimpin negara ini semenjak negara mencapai kemerdekaan lagi .. ke mana halatuju yang hendak dibawa ... tanyalah kepada mereka ini .. mereka telah diberi kuasa dan mandat oleh majoriti umat melayu.. ... bagi aku hanya Islam sahaja yang dapat membantu orang2 melayu ... malangnya orang Melayu yang beragama Islam masih lagi ramai yang tak mengamalkan Islam sepenuh nye ... banyak contoh2 yang nyata ... antara nya ... solat fardu berjemaah di masjid/surau ... beramai yang pergi ? .. Orang melayu beragama Islam dilalaikan dengan hiburan2 ..keseronokan .. dan sebagainye

Ingatlah saudara2 ku... hanya Islam je yang dapat menyelamatkan Umat melayu ini ... di dalam kubur, di akhirat kelak .. tak akan ditanyapun bangsa seseorang itu pun .. so sebagai umat Islam jangan lah kita terlampau disempitkan dengan kepompong pemikiran kebangsaan ini ..

sebagai ingatan bersama di pagi jumaat yang mulia ini ..

Ingatlah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dawud:

“Bukan dari golongan aku orang yang memperjuangkan kebangsaan, bukan dari golongan aku orang yang berperang kerana kebangsaan dan bukan dari golongan aku orang yang mati kerana kebangsaan”

Jazakallah
 

Norfazli

Active+ Member
Joined
Dec 23, 2007
Messages
3,202
Reaction score
88
Points
30
dulu saya pedulikan tentang orang melayu di Malaysia
sekarang saya dah berubah kepada
saya pedulikan orang islam di Malaysia
nak rawat permasalahan orang islam ni senang aje iaitu kembali kepada Al-Quran dan hadis
nak rawat orang melayu agak susah sebenarnya
 
Sponsored Post
Top
Log in Register