BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Tinjau Operasi ETS3 KL-JB

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
29d3b07f5572ee41c90f494d8dd36e4a697f1c781e2ea

dd7c4ac853a80c34a2ae3caeb4249bf9697f1c8b5994f

c5fd620f0552ed708a7843a36a6f2bba697f1c9cbdddf

--kredit FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memanfaatkan cuti panjang sempena Hari Wilayah dan Thaipusam dengan meninjau operasi Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata kesempatan itu digunakan untuk menyantuni para penumpang serta mendengar secara langsung pandangan dan maklum balas mereka mengenai perkhidmatan yang disediakan.

“Alhamdulillah, respons yang diterima amat memberangsangkan khususnya terkait tahap keselesaan serta pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan tersusun,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan MADANI akan terus memberikan keutamaan pada usaha memperkukuh perkhidmatan awam yang selamat, cekap dan mesra rakyat.

 
Back
Top
Log in Register