BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ETS3 Johor Bahru-KL Sentral Dijangka Mula Operasi 12 Dis Ini - Loke

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141
ffd9622d39f08107ed2aa3d432761c796921719327ad6

b3a80492300653941c222fec2cc0b8a16921720a18657

965f62423a523c550f6f7ae37b99c98669217235cf9bd

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berucap pada Majlis Pesta Rel Kluang 2025 di Laman Rel Mahkota hari ini.

Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan KL Sentral-Johor Bahru dijangka mula beroperasi pada 12 Dis ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata majlis perasmian perkhidmatan itu dijadualkan berlangsung pada 11 Dis ini dan pihaknya telah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk berangkat merasmikan perkhidmatan baharu berkenaan di Johor Bahru.

Loke berkata fokus awal operasi ETS3 itu adalah laluan Johor Bahru–Kuala Lumpur bagi memastikan kekerapan tinggi berbanding laluan lebih panjang.

“Kalau jarak itu terlalu panjang dan perkhidmatan terlalu panjang (sehingga ke utara), satu hari kami hanya boleh buat dua trip, satu naik dan satu turun.

“Jadi, kalau perjalanan lebih pendek seperti Johor Bahru ke Kuala Lumpur, akan ada banyak kekerapan (tren),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pesta Rel Kluang 2025 di Laman Rel Mahkota di sini hari ini.

Laluan ETS3 dari Kuala Lumpur ke Kluang telah dilancarkan pada Ogos lepas.

Semasa pelancaran itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk memandu sendiri tren ETS3 yang berkeupayaan mencecah kelajuan operasi hingga 140 km/j itu dari KL Sentral menuju ke Stesen Kluang.

Loke ketika ditanya mengenai status Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) berkata pembangunan sistem itu masih berjalan dan tidak pernah ditangguhkan.

Beliau berkata projek itu kini berada di peringkat penilaian permohonan cadangan (RFP) dan sedang diperhalusi Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) selepas beberapa syor yang diterima belum memenuhi keperluan.

 
Back
Top
Log in Register