BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Sifatkan ALC-27 Capai Matlamat, Perkukuh Kerjasama Strategik Malaysia-Brunei

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Anwar Sifatkan ALC-27 Capai Matlamat, Perkukuh Kerjasama Strategik Malaysia-Brunei​

e06541291c906365c5856049bbf374c36a899d178ecd5

73b71d6e96bdfe13ee96b4879aa9e0be6a899d0ddb6cc

fb Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) ke-27 Malaysia-Brunei berjaya mencapai matlamat utama dalam memperkukuh jalinan persaudaraan serta kerjasama strategik antara kedua-dua negara.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata hubungan istimewa antara Malaysia dengan Brunei akan terus diperkukuh demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat masing-masing.

Perdana Menteri turut menjunjung kasih kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah atas layanan mesra dan penuh kekeluargaan yang diberikan kepada beliau, isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta seluruh delegasi Malaysia.

"Patik mewakili Kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku kekal qarar memerintah Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan," kata beliau.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah, kementerian serta agensi terlibat, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan dan petugas media yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran urusan sepanjang lawatan tersebut.

Pagi tadi, Anwar mengadakan pertemuan empat mata bersama Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman sebelum bersama-sama menyaksikan majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama pengurusan bencana antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri tiba di Bandar Seri Begawan semalam bagi lawatan kerja dua hari bersempena dengan penganjuran ALC-27.

 
Back
Top
Log in Register