BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar, Prabowo Bakal Adakan Pertemuan, Bincang Perkukuh Hubungan Dua Hala

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,699
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,699
Reaction score
97
Points
80
f9ca619d78de0e671026ec7dbaf043de69a6f02c862ba

kredit: FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden   Indonesia Prabowo Subianto akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat, bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala antara negara berjiran itu.

Perdana Menteri berkata perkara itu antara yang dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin berkenaan menerusi perbincangan secara panggilan telefon hari ini.

“Sewaktu panggilan telefon bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto hari ini, kami sempat bertanya khabar serta bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan serantau.

“Kami juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi terus memperkukuh hubungan erat antara dua negara berjiran yang sekian lama terjalin atas semangat persaudaraan dan kerjasama strategik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

 
Back
Top
Log in Register