BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Menghadap Sultan Selangor, Sembah Maklum Isu Pembangunan Negeri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Anwar Menghadap Sultan Selangor, Sembah Maklum Isu Pembangunan Negeri​

f0c25a44ea8c93cdd1a3f13839814a036aa29210eebee

3e0e9cc73eb72235f9b0a83a6f8e160c6aa291fad90bd

Kredit: Laman Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyembah maklum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai beberapa perkara termasuk isu semasa berkaitan pembangunan negeri itu.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata perkara itu disembah maklum ketika beliau menghadap Sultan Sharafuddin.

“Menjunjung kasih DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj atas perkenan menerima patik menghadap.

“Dalam pertemuan ini, saya telah menyembah maklum terkait beberapa perkara termasuk isu-isu semasa membabitkan pembangunan negeri Selangor,” katanya.

Perdana Menteri turut mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan seluruh Kerabat Diraja Selangor sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah SWT serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Dirgahayu Tuanku,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register