BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Mahu Rakyat Tolak Perkauman, Utamakan Perpaduan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Anwar Mahu Rakyat Tolak Perkauman, Utamakan Perpaduan​

8ad4307af75f618fdbdc7a12e3557b8c6a4fd0b951c38

6ff11e7e0ef207590e767dba2080dd1c6a4fd0c47e14e

fb Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat untuk menghentikan sikap perkauman yang melampau serta politik kebencian, sebaliknya mengutamakan semangat perpaduan dan saling menghormati sebagai rakyat Malaysia.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata kerajaan pimpinannya melaksanakan dasar yang adil kepada semua kaum tanpa mengabaikan kepentingan mana-mana masyarakat.

“Saya mahu semua rakyat hentikan sikap perkauman yang melampau. Kenapa kita tidak boleh berunding sebagai sahabat, sebagai adik-beradik?

“Kenapa kita tidak boleh berunding dan bekerjasama sebagai rakyat Malaysia? Mengapa kita perlu tunjuk begitu banyak kebencian?” katanya ketika berucap pada program “Yok! Merahkan Johor! Undi Harapan” di Padang Awam Taman Pelangi Indah, di sini malam ini.

Perdana Menteri turut menolak dakwaan kononnya Kerajaan MADANI hanya memberi keutamaan kepada masyarakat Cina, sambil menjelaskan setiap dasar yang diperkenalkan mengambil kira kepentingan negara secara keseluruhan.

Lagi berita akan menyusul...

 
Back
Top
Log in Register