BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Pilih Pendekatan Sederhana Dalam Isu UMNO, Utamakan Kestabilan Kerajaan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Anwar Pilih Pendekatan Sederhana Dalam Isu UMNO, Utamakan Kestabilan Kerajaan​

9265676441210870e9691734663051386aa7f363074a7

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih pendekatan sederhana dalam menangani perbezaan pandangan berhubung isu kerjasama dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata kerajaan perlu kekal stabil kerana sebarang tindakan yang terlalu keras berhubung isu berkenaan boleh membawa kerugian kepada negara.

“Saya memilih jalan yang agak sederhana kerana yang penting, kerajaan harus stabil kerana kalau tidak, banyak kerugian untuk negara kita.

“Jadi, bagi saya itu yang penting dan saya lihat umpamanya itu juga suara yang kita dengar termasuk daripada UMNO,” katanya pada sidang akhbar bersama media Malaysia di Calicut di sini sebelum mengakhiri lawatan kerja ke India hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata pelbagai pandangan turut disuarakan oleh rakan dalam kalangan parti politik termasuk PH namun perkara itu adalah biasa bagi sesebuah gabungan dan tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang boleh menggugat kerjasama kerajaan.

“Kita dengar semua tetapi daripada pengetahuan saya, saya tidak lihat ada masalah... ada yang kecil-kecil dan biasa... ini dalam rumah tanggapun ada masalah sedikit, ini (pula) dengan panglima-panglima, tentulah ada,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa isu yang dibangkitkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 baru-baru ini.

 
Back
Top
Log in Register