BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Ingatkan Calon, Jentera Santuni Rakyat Sabah - Pemimpin PKR

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
5f03bd38a756bc7411369148e972c9cd68a867be499f8

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan calon serta jentera parti di Sabah supaya turun ke lapangan bagi mendekati rakyat dan menjelaskan isu semasa berkaitan negeri itu.

Menurut beberapa pemimpin PKR yang ditemui, amanat berkenaan disampaikan perdana menteri dalam ucapan pada Majlis Amanat Presiden PKR sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 di sini hari ini.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Anwar menekankan kepentingan calon dan jentera PKR untuk mendampingi rakyat serta menerangkan usaha kerajaan dalam menangani isu tempatan.

“Dalam konteks ini, usaha dan ikhtiar antara kerajaan Persekutuan dan Sabah perlu diperkukuh bagi memastikan khidmat terbaik diberikan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Shamsul Iskandar yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka berkata Anwar turut menekankan kepentingan kerjasama rapat antara jentera PKR Sabah dengan jentera parti di peringkat pusat, negeri dan cabang di seluruh negara bagi memperkukuh gerak kerja menjelang PRN.

“Semua pimpinan parti digembleng untuk turun ke bawah bersama pimpinan cabang di Sabah. Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan negeri akan diagihkan untuk membantu kempen di sini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi MPN PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud berkata amanat Presiden PKR turut menekankan persediaan rapi jentera dan calon untuk mendekati rakyat serta menjelaskan isu asas yang dihadapi masyarakat.

“Amanat beliau jelas iaitu jentera kena bersedia sepenuhnya untuk turun ke padang dan menerangkan isu-isu yang melatari masyarakat seperti air, jalan raya, pendidikan dan pembangunan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata kempen juga perlu menumpukan kepada penerangan mengenai inisiatif Kerajaan MADANI dalam menyelesaikan isu tempatan yang melibatkan kerajaan Sabah.

 
Back
Top
Log in Register