BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar: PKR hanya pilih calon PRU16 dari cabang, jentera kuat

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146
9312b9037c62fefabdf52ab9e1088fe6.jpg

26c082af1f6b5d0d582cddd199a7c17a.jpg


PKR hanya mempertimbangkan calon daripada cabang dengan keanggotaan dan jentera yang kuat untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kriteria pemilihan calon juga bergantung kepada keaktifan program yang dilaksanakan di peringkat cabang berkenaan.

“Walaupun peringkat jawatankuasa (Majlis Pimpinan Pusat) yang cadangkan (seseorang calon) saya akan reject (tolak) kalau (cabang) tidak mempunyai anggota atau lemah.

“Lebih baik kita tumpu ke kawasan mempunyai kepimpinan yang kuat,” katanya ketika berucap pada program Mini Konvensyen Keadilan Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

Hadir sama Naib Presiden PKR yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang, Setiausaha Agung PKR yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh serta Ketua Penerangan parti yang juga Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Pada masa sama, Perdana Menteri menyeru ahli PKR di Terengganu agar sentiasa menyampaikan maklumat jelas mengenai usaha Kerajaan Madani dalam memastikan kesejahteraan rakyat terutama agenda membasmi kemiskinan.

“Rencana kita yang penting dan nombor satu ialah membebaskan kelompok yang paling miskin, iaitu miskin tegar.

“Dan bagi menyelesaikan kemiskinan ini mestilah ada pelaburan, peningkatan dan pertumbuhan ekonomi, dana sebagainya.

“Jadi, siapa yang patut menyampaikan ini? Saudaralah yang patut sampaikan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas program tersebut, Anwar berkata pihaknya menyerahkan kepada kepimpinan PKR negeri untuk menentukan sasaran jumlah kerusi akan dipertandingkan pada PRU16, termasuk di Terengganu.

- Bernama

 
Back
Top
Log in Register