BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anugerah Sastera Negara: Pengiktirafan Yang Dinantikan Allahayarham - Isteri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,150
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,150
Reaction score
346
Points
141

Anugerah Sastera Negara: Pengiktirafan Yang Dinantikan Allahayarham - Isteri​

4164865e447cfe1c2fac99edfc70599a6a746e4ea6ec6

Salmah Ali bersama Anugerah Sastera Negara yang dikurniakan kepada Allahyarham suaminya Dr Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana) pada Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara ke-16 hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Isteri Allahyarham Dr Abdul Rahman Napiah atau lebih dikenali dengan nama pena Mana Sikana, menyifatkan pengurniaan Anugerah Sastera Negara (ASN) ke-16 kepada suaminya, sebagai pengiktirafan yang amat dinanti-nantikan tokoh sastera itu sebelum meninggal dunia tahun lepas.

Salmah Ali, 82, berkata pengiktirafan itu sememangnya telah lama diidamkan Allahyarham, yang banyak menaburkan jasa dalam bidang kesusasteraan sepanjang hayatnya.

“Sejak di sekolah lagi dia sudah menerima anugerah sastera. Pada hari arwah meninggal dunia, dia masih membentangkan kertas kerja untuk Dewan Bahasa dan Pustaka, sebelum mengalami sakit perut dan muntah, lalu dibawa ke hospital pada waktu malam.

“Sebelum meninggal dunia, arwah telah dimaklumkan kemungkinan menerima anugerah sastera. Sebagai isterinya, saya berasa bangga dan gembira, tetapi saya cukup sedih apabila berada di majlis ini kerana ia memang sesuatu yang diinginkannya,” katanya dalam nada sebak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah berprestij itu yang dikurniakan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia, pada Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara ke-16 di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Salmah berkata kecintaan Mana Sikana terhadap bidang sastera amat mendalam, bukan sahaja melalui penulisan tetapi turut meliputi penghasilan karya drama televisyen dan radio, selain aktif dalam bidang akademik sehingga diiktiraf sebagai profesor.

“Semasa kami tinggal di Johor Bahru, dia aktif menghasilkan karya drama untuk radio dan televisyen Singapura. Televisyen Malaysia juga banyak menyiarkan hasil karyanya, selain beliau mengajar.

“Selepas beberapa tahun, dia melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sehingga menjadi profesor dalam bidangnya. Bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia beliau turut menjadi pensyarah jemputan di universiti di sana,” katanya.

Beliau berkata Allahyarham turut berkongsi ilmu penulisan dan kesusasteraan dengan empat anak serta 12 cucu mereka sehingga akhir hayatnya, sebelum meninggal dunia pada usia 80 tahun pada Mei tahun lepas akibat komplikasi jantung.

 
Back
Top
Log in Register