BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Angkasa cemerlang

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

AHMAD BASHAH MD. HANIPAH (dua dari kiri) dan Abdul Fatah Abdullah (kanan) menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Ketua Pengarah Eksekutif SEDANIA, Datuk Azrin Mohd. Noor (kiri) dan Mohamad Ali Hasan di PWTC Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN​

KUALA LUMPUR 29 Mei - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) yang diwujudkan sebagai penggerak koperasi negara terus mencatat pencapaian cemerlang apabila meraih perolehan berjumlah RM34.9 bilion bagi tahun kewangan berakhir Disember 2014.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, prestasi yang membanggakan itu merupakan antara yang disumbangkan oleh 11,871 koperasi yang dianggotai oleh 7.4 juta rakyat negara ini dengan jumlah aset bernilai RM116.78 bilion.

Menurut beliau, dengan sasaran perolehan koperasi sebanyak RM50 bilion menjelang tahun 2020, sektor koperasi negara akan terus menunjukkan pertumbuhan yang proaktif dan cergas seiring mencapai Dasar Koperasi Negara sekali gus membantu meningkatkan dasar kewangan negara.

Katanya, jangkaan tersebut dapat dicapai dan direalisasikan dengan kerjasama strategik antara Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkasa dalam membantu koperasi meneroka segmen utama koperasi dan bidang perniagaan berimpak tinggi.

“Kita juga berharap dapat menolong lebih banyak koperasi berstatus sederhana dalam melonjakkan pendapatan dan margin keuntungan melebihi RM1 juta setahun.

“Apabila koperasi berkembang maju dan mempunyai perolehan yang lebih besar serta menguntungkan, lebih banyak faedah dapat dinikmati oleh anggotanya,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian dan Majlis Makan Malam Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa ke-31 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Francais dan Kepenggunaan, KPDNKK, Datuk Basaruddin Sadali; Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Timbalan Presiden Angkasa, Muthado Bahri serta Naib Presiden Angkasa, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, koperasi sehingga kini diakui turut bertindak sebagai medium yang memberi impak yang cukup besar dalam mengurangkan kadar kemiskinan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan dan menggalakkan integrasi sosial.

Tambahnya, sebagai sektor ketiga terpenting selepas sektor awam dan swasta, koperasi turut memainkan peranan dan bertanggungjawab memastikan transformasi secara cemerlang dapat dilaksanakan.

Katanya, aspek lain yang perlu diberi penekanan oleh koperasi termasuklah peningkatan daya kreativiti bagi pemasaran produk, penyelenggaraan, penyimpanan dan pengagihan dengan lebih tersusun dan terperinci.

“Malah, koperasi harus berani membuat perubahan dengan menceburi bidang perniagaan yang mempunyai jaringan peluang yang luas dan keluar dari kebiasaan dengan menjalankan perniagaan berskala besar,” ujarnya.
 
Mana tak cemerlang, dapat lesen jadi ah long berlesen.

Pekerja kerajaan berebut buat pinjaman atas pinjaman. :D
 
Back
Top
Log in Register