BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Anggota tentera jalani latihan payung terjun, terlanggar penunggang motosikal

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201


Anggota tentera jalani latihan payung terjun, terlanggar penunggang motosikal

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD (Para) mengalami kecederaan selepas melanggar sebuah motosikal yang ditunggang orang awam ketika membuat pendaratan dalam latihan penerjunan bebas di Kem Terendak, Melaka, Sabtu lepas.


"Ketika melakukan final approach menghampiri ZG, perubahan arah angin menyebabkan beliau terkeluar daripada garis pendaratan yang ditetapkan dan terpaksa mendarat di kawasan berhampiran.


Kenyataan itu memaklumkan sejurus kejadian, pasukan recovery ZG bertindak pantas dengan memeriksa kedua-dua pihak yang terlibat dan mendapati penunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum meninggalkan tempat kejadian.


Berikutan itu, TDM menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu sehingga siasatan selesai.

Sejak pagi tadi tular di aplikasi TikTok seorang lelaki beruniform tentera berdepan detik cemas apabila gagal mengawal pergerakannya ketika melakukan pendaratan payung terjun di kawasan masjid sebelum melanggar sebuah motosikal yang dinaiki orang awam hingga mendapat perhatian ramai dan komen pengguna di media sosial itu. - Bernama


Artikel ➡️ BERNAMA
 
Perubahan angin punca penerjun payung TDM terkeluar garis pendaratan


Kuala Lumpur: Seorang anggota tentera secara tidak sengaja mendarat di atas motosikal orang awam ketika menjalani latihan terjun payung di sekitar Tanjung Bidara, Melaka, kelmarin.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan hari ini berkata, kejadian berlaku susulan perubahan arah angin berhampiran zon pendaratan (ZG) semasa Latihan Penerjunan Bebas Eksesais Eagle Swift Siri 1/2025 di Airstrip, Kem Terendak, Melaka.


"Ketika melaksanakan final approach menghampiri ZG, perubahan arah angin menyebabkan anggota terkeluar dari garis pendaratan yang ditetapkan dan terpaksa mendarat di kawasan berhampiran ZG.



TDM berkata, pihaknya berharap tiada sebarang spekulasi berhubung kejadian itu selepas satu klip video memaparkan insiden berkenaan tular di TikTok.

Terdahulu, satu klip video berdurasi 24 saat yang menunjukkan seorang anggota tentera mendarat di atas sebuah motosikal awam tular di media sosial.


Artikel Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register