BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota Rela khayal ditahan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
SUNGAI DUA - Bukan sahaja menunggang motosikal dalam keadaan khayal, malah seorang lelaki di sini, bertindak menunjukkan kad anggota Rela kepada pihak berkuasa dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama beberapa agensi penguat kuasa di Plaza Tol Sungai Dua semalam.

Tindakan lelaki yang dipercayai anggota Rela berasal dari sebuah negeri di pantai timur menyebabkan dia ditahan bagi menjalani ujian saringan dan dia didapati mengambil pil kuda.

Penolong Pengarah Penguatkuasa JPJ Negeri Pulau Pinang, Nurulhida Ismail berkata, selain lelaki itu, beberapa pengguna jalan raya turut ditahan dalam operasi berkenaan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Antara kesalahan yang dikesan adalah menggunakan plat pendaftaran palsu, cukai jalan tamat tempoh, nombor casis enjin yang tidak sama.
"Selain itu, terdapat empat motosikal yang disita," katanya.

Beliau berkata, dalam operasi berkenaan terdapat beberapa penunggang motosikal cuba melarikan diri ketika sekatan dijalankan namun berjaya ditahan anggota penguatkuasa.

"Operasi yang dijalankan ini bermula pada jam 8.30 hingga 12.30 tengah malam.

"Sebanyak 165 kenderaan diperiksa dan 123 kesalahan dicatat dalam operasi ini," katanya.

Nurulhida berkata, antara agensi yang terlibat dalam operasi itu termasuk polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar dan Puspakom.
 
Back
Top
Log in Register