BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Andong Pocong Sidoarjo: Kereta Kuda Tanpa Pemandu (Indonesia)

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23


Andong Pocong Sidoarjo: Kereta Kuda Tanpa Pemandu (Indonesia)

**Kisah benar yang menggemparkan Jawa Timur Sekitar Tahun 2007-2008**




Malam itu hujan renyai-renyai. Jalanan kampung di Sidoarjo, Jawa Timur, lengang. Cuma bunyi cengkerik dan titisan air dari cucur atap yang menemani kesunyian.

Pak Slamet, pengayuh beca yang baru habis syif malam - mengayuh becanya perlahan-lahan menuju ke rumahnya. Umurnya dah lebih 50 tahun. Dah puluhan tahun dia lalui jalan kampung ni. Hafal setiap selekoh, setiap lubang, setiap pokok.

Tapi malam tu berbeza.

Dari jauh, dia dengar bunyi tapak kuda atas jalan tanah…

‘klak kluk klak kluk klak kluk…

"Siapa pulak yang naik kereta kuda tengah malam buta camni?" bisik Pak Slamet pada diri sendiri.

Dia berhenti kayuh. Tunggu nak tengok.

Dari satu selekoh, muncul sebuah andong/delman, iaitu kereta kuda khas Jawa. Lampunya menyala samar-samar dengan api lilin.

Pak Slamet nak angkat tangan, nak tegur. Mungkin boleh saing balik sama-sama.

Tapi bila andong tu menghampiri...

Tak ada pemandu.

Kuda tu jalan sendiri. Tak ada sesiapa yang pegang tali kekang.

Dan di dalam andong, di kerusi penumpang...

Duduk lima ekor benda berbungkus kain kafan putih. Pocong. Bersusun rapat. Kepala tunduk. Muka tak nampak - tersorok dalam lipatan kain.
1772679642140.png

Pak Slamet tak boleh gerak. Tak boleh jerit. Mulut dia terbuka tapi suara tak keluar.

Andong tu lalu betul-betul depan mata dia.

Pastu salah satu pocong tu perlahan-lahan angkat kepala.. Mata bertemu mata dengan Pak Slamet.

Muka pocong tu... kosong. Tak ada hidung. Tak ada bibir. Cuma dua lubang hitam tempat mata patut berada.

Pak Slamet jatuh dari becanya. Pengsan.
1772679942318.png



Bukan Pak Slamet Seorang

Keesokan paginya, cerita Pak Slamet tersebar di seluruh kampung.

Tapi rupa-rupanya… dia bukan satu-satunya mangsa yang berpeluang menyaksikan kejadian angker tu.

Dalam minggu yang sama:

  • Mbak Suli, penjual jamu, nampak andong yang sama lalu depan warungnya pukul 3 pagi
  • Sekumpulan remaja yang lepak di pos ronda nampak dari jauh – kereta kuda tanpa pemandu dengan "penumpang putih-putih"
  • Seorang guru yang balik dari kerja lewat malam hampir dilanggar andong tu - tapi bila dia pusing kepala, kereta kuda tu dah ghaib.

Selama hampir setahun - dari 2007 hingga 2008 - penduduk Sidoarjo melaporkan penampakan yang sama.

Andong pocong.




Kenapa Pocong-pocong Tu Naik Kereta Kuda?


Ini yang buat cerita ni unik. Pocong sepatutnya melompat-lompat atau berguling sebab kaki diikat dalam kain kafan. Tak boleh jalan macam biasa.

Tapi pocong Sidoarjo ni? Diorang siap dapat naik kenderaan lagi.

Orang-orang tua kat kampung tu ada teori sendiri masa bergosip kat kedai kopi:

"Mungkin arwah-arwah tu dari zaman dulu. Zaman Belanda. Masa tu belum ada kereta, belum ada motor. Diorang mati dulu diangkut naik kereta kuda, jadi bila diorang gentayangan pun naik kereta kuda jugaklah."

Ada juga yang kata:

"Bukan pocong biasa tu. Tu jin yang menyamar jadi pocong. Jin suka bergerak malam-malam. Diorang guna andong sebagai... kereta diorang."




Penyiasatan


Tahun 2008, beberapa wartawan dari media tempatan cuba menyiasat.

Diorang berkemah beberapa malam di lokasi yang dilaporkan.

Hasilnya?

Tak ada penampakan langsung. Tapi rakaman audio diorang menangkap dan merakam bunyi tapak kuda yang jelas - padahal dalam radius 5 kilometer, tak ada satu pun kuda ataupun kereta kuda yang kelihatan.

Bunyi tu datang... dan pergi. Macam sesuatu yang bergerak tanpa tubuh.

Seorang wartawan – guna nama samaran Budi, berkongsi:


"Pukul 2.30 pagi, kitorang semua dengar bunyi roda kayu bergerak atas jalan. Bunyi kuda berjalan. Bunyi loceng kecil macam yang digantung kat leher kuda zaman dulu. Kitorang keluar khemah, pasang lampu suluh... Tapi jalan depan kitorang tu kosong. Yang peliknya, bunyi tu masih ada. Makin jauh. Makin perlahan. Sampai lesap terus."






Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
Back
Top
Log in Register