BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Andi Pirdaus usahawan berjaya

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Sejumlah ikan dan udang yang telah disejukbekukan di dalam sebuah bilik khas.​

MENGALAMI kerugian hampir RM1 juta merupakan ujian getir yang terpaksa dilalui pembekal ikan sejuk beku, Andi Pirdaus Andi Pangge, 33, pada 2012.

Pengarah syarikat Kuba Jaya Fishery (M) Sdn. Bhd., itu hanya mampu tersenyum tatkala menceritakan peristiwa kapal miliknya dan nelayan yang bekerja di bawahnya ditahan pihak berkuasa Indonesia.

Menceritakan punca penahanan tersebut beliau berkata, mereka ditahan kerana didakwa melakukan pencerobohan di kawasan perairan Indonesia.

Kes yang buat pertama kalinya berlaku meskipun nelayan dari Malaysia sudah banyak kali melakukan tangkapan di situ, tetapi tidak pernah menghadapi masalah sebelum ini. Malah sejak zaman berzaman lagi, mereka tidak pernah pula diusir.

“Nelayan menangkap ikan di kawasan laut terbuka di perbatasan Sungai Nyamuk, jadi nelayan tidak tahu garis sempadan perairan yang membabitkan kawasan pertindihan antara Malaysia dan Indonesia. Sebelum ini, nelayan Malaysia sudah bertahun-tahun lamanya menangkap ikan di kawasan itu dan tidak pernah ada masalah.

“Saya tidak mempunyai pilihan selain terpaksa ke sana untuk membayar wang jaminan bagi membebaskan kesemua nelayan, namun menyedihkan apabila kapal berserta semua peralatan tangkapan ikan yang dirampas tidak dikembalikan semula,” katanya yang terpaksa akur dengan tindakan pihak berkuasa Indonesia.

Selain itu, perintah berkurung yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan ekoran peristiwa pencerobohan di Lahad Datu turut memberi kesan kepada perniagaannya apabila nelayan tidak dibenarkan menangkap ikan melebihi tiga batu nautika sedangkan penangkapan ikan di kawasan perairan memerlukan jarak dalam lingkungan lima batu nautika.

“Ekoran daripada perintah berkurung, nelayan tidak dapat turun ke laut dalam tempoh sebulan. Syukur, masalah tersebut tidak berpanjangan apabila persatuan nelayan membuat perbincangan dengan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sehingga akhirnya jarak lima batu nautika dipersetujui,” ujarnya.

Meskipun peristiwa tersebut menyebabkan dia mengalami kerugian besar, namun Andi Pirdaus tidak pernah mengalah mahupun berputus asa dalam meneruskan perniagaannya.

Malah, beliau merupakan individu yang sangat disegani dek kerana kemampuannya menjadi antara pengusaha tempatan yang berjaya sungguhpun bidang perniagaan banyak dimonopoli bangsa lain.

Kejayaannya bukan sahaja membekalkan sumber laut seperti ikan dan udang sejuk beku ke Semenanjung malah mengeksportnya ke negara-negara lain antaranya China, Indonesia dan Thailand.

“Bukan mudah mengecapi seperti apa yang saya capai sekarang. Pada usia belasan tahun, saya sudah mula bekerja mengambil upah menjual ikan di pasar selama tujuh tahun dengan gaji bermula RM250 hingga meningkat kepada RM1,000. Saya juga pernah turun ke laut menangkap ikan.

“Meskipun gaji sangat rendah tetapi saya nekad menyimpan duit sehinggalah saya berjaya membuka perniagaan sendiri yang bermula sebagai pemborong ikan. Keuntungan yang saya perolehi melalui perniagaan borong itu kemudian saya gunakan untuk membeli sebuah kapal yang pertama pada 2003 dan disusuli enam kapal lain,” katanya.

Selepas berjaya membeli kapal untuk tangkapan ikan, Andi Pirdaus kemudian nekad membuka perniagaan sejuk beku hasil laut memandangkan terdapat banyak permintaan khususnya dari luar daerah Tawau.

“Untuk membuka sebuah kilang yang memproses hasil laut sejuk beku saya membuat pinjaman bank. Jadi, di situlah bermula perniagaan saya di dalam bidang proses penyejukbekuan.

“Selepas kilang mula beroperasi pada 2012, saya membuat keputusan untuk menjual keempat-empat buah kapal kepada nelayan bagi menumpukan perhatian terhadap proses penyejukbekuan sementara bekalan sumber laut saya perolehi daripada mereka. Langkah itu lebih baik untuk syarikat saya, sekali gus membantu para nelayan memperolehi pendapatan.

“Sungguhpun begitu, saya masih meneruskan operasi menangkap ikan dengan menggunakan sebuah kapal selepas sebuah lagi dirampas pihak berkuasa Indonesia,” katanya yang turut memiliki sebuah kilang sejuk beku di Indonesia.
 
Back
Top
Log in Register