BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak mati lepas dapat rawatan

rupanya dah 4 taun kes ni ingatkan baru berlaku..
 
alaaa.. yg org setakat demam selsema pergi jabatan kecemasan hospital camne lak?

pastu, bila tunggu berejam2 tak dapat rawatan mengamuk pula.

dah kata jabatan KECEMASAN & TRAUMA..

ada orang nak mati, yg setakat batuk selsema meroyan2 lambat..

pernah sekali, dtg tengah2 malam buta sebab nak amik ubat darah tinggi dan kencing manis. nak suruh doktor cek tekanan darah time tengah malam2.. dah nak pkul 12am tu.. dengan alasan, busy keje.. omaigodddd..

kalu demam2 biasa tak yah gi hospital kecemasan , pergi ler klinik biasa, kalu tak mampu mohonlah kad peduli...
 
takziah kepada keluarga mangsa, innalillahi wainna ilaihi rajiun....
 
rajin korek berita2 lama..:D:D

bukan cerita lama ni tuan, ada update terbaru yg bertarikh 3/4/2017

Keputusan saman 2 hospital RM10 juta bulan depan

saman_cropped_1491204060.jpg

Muhamad Sardi (tengah) dan Fadilah berbincang dengan peguam, Mohd Syukran Mohd di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. FOTO Rozainah Zakaria

Kuala Terengganu 3 April 2017 : Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, menetapkan 23 dan 24 Mei ini untuk menentukan taksiran jumlah ganti rugi atas tuntutan suami isteri sebanyak RM10 juta terhadap dua hospital di Terengganu kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian anak perempuan mereka, Ulya Insyirah Muhamad Sardi, 4, kira-kira empat tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz menetapkan tarikh itu selepas mahkamah dimaklumkan menerusi peguam mewakili 11 defendan yang terdiri daripada lapan pegawai perubatan, dua pengarah hospital serta Kerajaan Malaysia mengakui wujudnya liabiliti seperti dituntut oleh pasangan terbabit.

Pasangan berkenaan, Muhamad Sardi Saad, 41, dan Fadilah Abd Wahab, 47, sebelum ini memfailkan writ saman berkenaan di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu melalui Tetuan Syukran Noordin Advocates & Solicitors sebelum kes berkenaan dipindahkan ke Kuala Terengganu.

Dalam writ saman berkenaan, pasangan guru itu menamakan 11 defendan termasuk Dr Shairazi Azizi Mohd Salleh, Dr Mohd Ruhaifi Yusuf, Dr Norzaherawati Aryani Md Tahir, Dr Hasmani Hamat, Dr Muhammad Solehuddin Ishak dan Pengarah Hospital Besut sebagai defendan pertama hingga keenam.

Plaintif turut menamakan Dr Noor Ain Noor Afendi, Dr Sharifah Huda Engku Alwi, Datuk Dr Jimmy Lee Kok Foo, Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ketujuh hingga ke-11.


http://www.hmetro.com.my/node/218480

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=481679&page=4
 
Hospital mengaku cuai

image.jpg

Muhamad Sardi bersama isterinya, Fadilah menunjukkan gambar anak bongsu mereka, Ulya Insyirah.

KUALA TERENGGANU - Sebuah hospital di negeri ini antara 11 defendan yang mengaku kecuaian mereka menjadi penyebab kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, dalam kejadian empat tahun lalu, di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz menetapkan 23 dan 24 Mei depan sebagai tarikh untuk menentukan jumlah ganti rugi yang sepatutnya dijelaskan oleh kesemua defendan.

Sebelum ini, saman sejumlah RM10 juta untuk menuntut keadilan bagi pihak Ulya Insyirah Muhamad Sardi difailkan Muhamad Sardi Saad, 41, dan isterinya, Fadilah Abd Wahab, 47, melalui Tetuan Syukran Noordin Advocates & Solicitors.

Plaintif menamakan sembilan doktor sebagai defendan pertama hingga sembilan manakala seorang pengarah hospital dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ke-10 dan ke-11.

Tuntutan dibuat plaintif adalah termasuk ganti rugi Am di atas kecuaian sehingga menyebabkan kedua-dua plaintif mengalami tekanan mental dan fizikal yang teruk selain mengakibatkan mereka kesedihan iaitu di bawah Seksyen 7 (1) Akta Undang-Undang Sivil, 1956.

Pihak plaintif membuat tuntutan kerana kecuaian pihak berkenaan yang didakwa hingga menyebabkan kematian anak mereka akibat bengkak dalaman serius kerana kemasukan air atau lebihan ubat rawatan.

Selain itu, tuntutan dibuat adalah bertujuan menyedarkan semua pihak yang bertanggungjawab agar lebih berhati-hati selepas ini dan memastikan kejadian sama menimpa mangsa tidak berulang lagi kepada masyarakat lain.

Sementara itu, Muhamad Sardi berkata, pengakuan bersalah daripada pihak defendan sudah cukup melegakan dirinya yang selama ini berjuang untuk mendapat keadilan bagi pihak anaknya dan bukanlah semata-mata untuk menganiayai mana-mana pihak.

Jelasnya, pemergian Ulya yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu memberi kesan yang sangat mendalam sekali gus mengubah sebahagian besar rutin kehidupan mereka sekeluarga.

“Saya dan isteri mengalami trauma tidak dapat tidur, makan atau melaksanakan tugas seharian dengan sempurna hingga memaksa kami mendapatkan rawatan terapi mental serta emosi bersama Pakar Psikiatri di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, sehingga kini.

“Kami meredai pemergian Ulya, tetapi saman ini sebagai pembuka jalan supaya ada satu perubahan di hospital tersebut, kami tidak mahu nyawa tidak berdosa melayang dan perkara sama berlaku pada orang lain, cukuplah pada anak kami dan orang lain tidak perlu menerima nasib sama macam kami,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah di sini, semalam.

Dalam kejadian 5 Disember 2013, Ulya dihantar ke sebuah hospital kerana muntah-muntah sebelum diberi rawatan susulan serta dimasukkan air.

Tidak lama kemudian, tangan dan badan mangsa bengkak sebelum ditanya kepada doktor bertugas kenapa jadi begitu, doktor berkenaan hanya menjawab ‘tidak tahu’ dan beredar.

Disebabkan tidak berpuas hati, pada malam tersebut, plaintif meminta pemeriksaan X-ray dilakukan terhadap mangsa sebelum mendapati ada tompokan putih iaitu lebihan air dalam paru-paru dan ketika itu mangsa tidak sedarkan diri.

Dalam keadaan genting itu juga, datang seorang lagi doktor memasukkan ubat dan kerana kelemahan material seperti plag rosak serta kehabisan gas dan ketiadaan kepakaran, mangsa terpaksa dibawa ke Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ), di sini, bagaimanapun, beberapa jam kemudian, mangsa disahkan meninggal dunia.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/hospital-mengaku-cuai-1.653688
 
saman dah jd duit. tggu jela court nak bagi berapa. bakal jutawan ni (peguamnye haha)
 
saman dah jd duit. tggu jela court nak bagi berapa. bakal jutawan ni (peguamnye haha)

sesuai dah TT dengan apa yg diorang tanggung tekanan mental dan fizikal, pastu apa yg berlaku pada anak diorang...

nak ajar pihak yg berkenaan dan bertanggungjawab agar laksanakan tugas biar sempurna dan elakkan kecuaian sebab ini melibatkan nyawa org, matter of life and death
 
Aku harap diaorg dpt pampasan yg banyak...
Duit segunung pun belum dpt merawat diaorg. Seumur hidup tanggung derita kehilangan anak
 
jadi gini memang traumatise abg n akak tu.
sampai kene amik terapi mental takleh makan minum n buat kerja..
 
Back
Top
Log in Register