BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak mati lepas dapat rawatan

alhamdulillah---100 juta pun belum tentu blh galang ganti nyawa manusia akibat kecuaian
 
kadang2 sebab tak cukup pakar...dan tak cukup kakitangan..kerja kat klinik/hospital gomen la antara paling sibuk...kakitangan plak bila tak cukup, beban jadi banyak..orang jadi stress..last2 kerja nak taknak jer...doktor2 tambah2 berpengalaman,pakar pulak kalau boleh taknak duduk hospital2 daerah,nak duduk yg kat bandar2 jer
 
kadang2 sebab tak cukup pakar...dan tak cukup kakitangan..kerja kat klinik/hospital gomen la antara paling sibuk...kakitangan plak bila tak cukup, beban jadi banyak..orang jadi stress..last2 kerja nak taknak jer...doktor2 tambah2 berpengalaman,pakar pulak kalau boleh taknak duduk hospital2 daerah,nak duduk yg kat bandar2 jer

memang keje doktor ni letih smpai tak cukup tido..kesian gak le doktor2 ni
 
mmg ada kakitangan spital yg ok dan x ok..kalo bab cucuk jarum x jumpa urat tu x patut la salahkan spital..
sbb mat pet yg siang malam cucuk kat badan sendiri pn kadang x jumpa urat..

tp kes saya sblm ni mmg sakit hati dgn sebuah hospital kerajaan kat selangor
pkl 6am masuk kecemasan akibat tulur bengkak..dia tolak kat kaunter pesakit luar.meraung2 atas wheelchair sorg2 xde kakitangan yg sudi bantu.bg stretcher pn x mau.
doktor ada..nurse pn ramai lalu lalang tp semua buat dunno..suruh ikut giliran
lepas sejam xde bantuan..sorg akak tu bgtau adik sy yg bwk sy time tu suh pg spital lain sbb ramai yg dtg pagi2 situ nk minta mc jd mungkin lagi lewat dan mungkin drg igt sy pn kaki mc.
bekerja sendiri nk minta mc apanya?
tak tahan sakit sy panggil sorg nurse yg lalu lalang..dia kata kn tunggu lepas roll call.apa jadahnya org sakit nk mati kena tunggu drg roll call pulak?
pastu sy terus cari spital swasta yg berhampiran..masuk kecemasan dan doktor ckp kn operate secepat mungkin sbb bahaya dan blh bawak maut.
nasib doktor situ baik hati..dgn duit x baper nk ada doktor yg jalankan operate bg diskaun caj pembedahan sbb tau sy kurang berkemampuan.
nak harap spital kerajaan..tunggu roll call dulu baru blh check..haram jadah betul
 
Last edited:
Menang saman, hospital diarah bayar RM897,000

KUALA TERENGGANU - "Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini adalah satu hadiah tidak ternilai bagi saya sempena Hari Ibu kali ini," demikian luah Fadilah Abd Wahab, 48, ibu kepada Ulya Insyirah Muhamad Sardi, seorang kanak-kanak yang meninggal dunia kerana kecuaian Hospital Besut, pada Disember 2015.


Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini membenarkan permohonan Fadilah dan suami, Muhamad Sardi Saad, 42, selaku plaintif membuat tuntutan keadilan bagi pihak Ulya Insyirah melalui Tetuan Syukran Noordin Advocates &Solicitors.

Hakim, Datuk Zainal Azman Ab Aziz mengarahkan defendan yang terdiri daripada 10 doktor, dua pengarah Hospital Besut dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) serta Kerajaan Malaysia membayar tuntutan ganti rugi am sebanyak RM600,000, ganti rugi teladan RM200,000 dan ganti rugi khas RM96,792.13.

Fadilah berkata, keputusan yang memihak kepada pihaknya ini bukan sahaja satu kemenangan untuk arwah tetapi sekaligus dapat membersihkan nama dia dan suami yang dituduh sengaja mereka-reka cerita berhubung kecuaian pihak hospital sebelum ini.

"Kami dipandang serong oleh masyarakat sekeliling kerana kononnya menuduh kami tidak dapat menerima ketentuan Ilahi dan sengaja mengada-adakan cerita semata-mata hendak mendapatkan duit 'percuma'.

"Sedangkan masyarakat tidak tahu tujuan asal kami adalah kerana hendak memberi pengajaran kepada pihak berkenaan agar tragedi yang menimpa arwah tidak akan berlaku lagi kepada keluarga lain.

"Kami juga harap dengan kejadian ini dapat dijadikan pengajaran pihak berkenaan dan akan memperbaiki mutu perkhidmatan kepada orang awam," katanya dalam nada sebak.

Sebelum ini, pasangan guru ini memfailkan saman RM10 juta terhadap doktor dan Hospital Besut kerana mendakwa cuai hingga mengakibatkan kematian anak perempuan mereka berusia empat tahun.

Pasangan itu menuntut ganti rugi am kerana kecuaian pihak berkenaan yang didakwa hingga menyebabkan kematian anak mereka akibat bengkak dalaman serius kerana kemasukan air atau lebihan ubat rawatan.

Sebelum ini, pada 5 Disember 2015, arwah, anak bongsu daripada tiga beradik dibawa ke Hospital Besut kerana disebabkan muntah-muntah sebelum menerima rawatan susulan dengan dimasukkan air.

Tidak lama kemudian, tangan dan badannya bengkak sebelum Fadilah bertanyakan doktor yang merawatnya kenapa macam itu, tetapi doktor berkenaan memberi jawapan tidak tahu dan beredar.

Bagaimanapun, disebabkan tidak berpuas hati, kira-kira jam 11 malam, hari sama, Fadilah memohon agar dilakukan pemeriksaan X-ray dan hasilnya mendapati ada tompokan putih iaitu lebihan air dalam paru-paru.

Ketika itu, arwah dikatakan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum datang seorang doktor memasukkan ubat dan kerana kelemahan material seperti plug rosak serta kehabisan gas serta ketiadaan kepakaran, arwah dikejarkan ke HSNZ, kira-kira jam 5 pagi, keesokan hari.

Bagaimanapun, setibanya di sana kira-kira jam 6.50 pagi, arwah dimasukkan ke wad rawatan rapi sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.05 pagi.

Susulan tragedi itu, pasangan berkenaan mengalami trauma tidak dapat tidur, makan atau melaksanakan tugas seharian dengan sempurna hingga memaksa mereka mendapatkan rawatan terapi mental serta emosi bersama Pakar Psikiatri di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.


http://www.sinarharian.com.my/edisi...menang-tuntutan-saman-hospital-besut-1.834304
 
Income tax incoming..

BTW, tolak kos guaman dan lain-lain agak tinggal bape je..
 
Pasangan guru masih trauma

image.jpg

Muhamad Sardi dan isteri, Fadilah ketika ditemui media hari ini.

KOTA BHARU - Pasangan guru Muhamad Sardi Saad, 43, dan isteri, Fadilah Abd. Wahab, 49, masih trauma dengan kehilangan anak bongsu mereka akibat kecuaian pihak Hospital Besut meskipun kejadian tersebut sudah hampir enam tahun berlaku.

Malah ibu bapa kepada arwah kanak-kanak Ulya Insyirah, 4, itu menganggap bayaran ganti rugi sebanyak RM896,792.13 daripada 11 defendan termasuk dua pengarah hospital di Terengganu tidak dapat mengembalikan anak mereka.

Fadilah berkata, dia kembali diserang perasaan trauma dan kesedihan setiap kali tibanya hari Jumaat berikutan peristiwa malang menimpa anak bongsu daripada tiga beradik itu berlaku pada hari tersebut.

"Setiap kali balik (mengajar) dari sekolah saya akan panggil 'Adik, Umi dah balik'. Saya tahu dia tidak akan menyahut. Apabila setiap hari lalu di tanah perkuburannya saya akan berbisik 'Adik, tunggu umi di syurga'. Namun saya tidak kuat untuk pergi dekat ke kuburnya.

"Selepas berasa lega saya balik ke rumah, demikian rutin harian saya sejak hampir enam tahun lalu selepas kehilangan Ulya Insyirah pada 6 Disember 2013. Datang segunung emas pun tidak mampu kembalikan anak kami," ujarnya sebak ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Fadilah yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tempurong, Jerteh, Terengganu itu, dia mengikuti saranan pakar terapi Unit Psikiatri Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini agar membuat aktiviti untuk meringankan sedikit ingatan terhadap arwah.

Pada 14 Mei 2018, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan 11 defendan termasuk dua pengarah hospital dan lapan doktor membayar pampasan merangkumi ganti rugi am berjumlah RM600,000, ganti rugi khas (RM96,792.13) dan ganti rugi teladan (RM200,000) berserta lima peratus faedah dan kos setahun.

Pada 7 Februari lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya terdiri daripada Datuk Abdul Rahman Sebli; Datuk Yaacob Md. Sam; dan Datuk Nor Bee Ariffin membatalkan satu permohonan rayuan dibuat pihak defendan tersebut pada 13 Jun 2018.

Pada prosiding itu pihak perayu iaitu kerajaan Malaysia diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Asliza Ali manakala pasangan tersebut diwakili peguam Tun Salleh Abbas; Abdul Haris Malik; Mohd. Syukran Mohd. Noordin; Che Mohd. Firdaus Che Soh; Nor Syuhada Ismail dan Shahruddin Mohamed.

Dalam kejadian pada 5 Disember 2015, Ulya Insyirah yang juga anak bongsu daripada tiga beradik dibawa ke Hospital Besut kerana mengalami muntah-muntah sebelum menerima rawatan dengan dimasukkan air.

Ia disusuli dengan kejadian tangan dan badan Ulya Insyirah bengkak sebelum Fadilah memohon supaya doktor melakukan pemeriksaan X-ray dan keputusan mendapati ada tompokan putih iaitu lebihan air dalam paru-paru.

Ulya Insyirah akhirnya tidak sedarkan diri sebelum seorang doktor memasukkan ubat.

Bagaimanapun, kelemahan material seperti plug rosak serta kehabisan gas dan tiada kepakaran, Allahyarham dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pukul 5 pagi, keesokan harinya.

Bagaimanapun, sebaik tiba di sana pada pukul 6.50 pagi, Allahyarhamah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 8.05 pagi.


http://www.kosmo.com.my/terkini/pasangan-guru-masih-trauma-1.841514
 
Back
Top
Log in Register